Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013)

ASK.jpg

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) | Debaran kini kian terasa..Anugerah paling berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni dan karyawan tanah air yang berlansung pada hari ini, 29 November 2013. Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Skrin merupakan majils terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan.

ASK 2013 ini akan berlansung di Stadium Malawati, Shah Alam pada pukul 9.00 malam ,29 November 2013 (Jumaat).

Pengacara pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2013 akan dihoskan oleh dua orang pengacara yang tidak asing lagi iaitu Awal Ashaari dan Faizal Ismail. Selain mereka, malam itu turut dijayakan oleh pelakon Nad Zainal.

Sementara itu, acara karpet merah pula akan dihoskan oleh Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly bersama dua pemenang dari Pertandingan Pantene Star Search.

tajaan Pantene

Tahun ini, ASK 2013 telah memilih ‘glass’  ataupun kaca sebagai konsep kerana drama dan filem merupakan refleksi kisah sebenar dan realiti hidup manusia. Dari segi produksi ASK 2013, elemen kaca ini akan diserapkan sepenuhnya pada malam anugerah menerusi set pentas, dekorasi keseluruhan serta pakaian dan tata rias untuk menghidupkan suasana glamor.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Anugerah Skrin telah memasuki tempoh usia matang di mana ianya dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka. Oleh itu, penganjuran Anugerah Skrin bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah ia juga menggalakkan mereka berusaha lebih gigih dan berkarya secara kreatif dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara.”

Menurut Izham, tema kaca dipilih kerana ia bersesuaian dengan elemen drama dan filem yang dipertandingkan iaitu refleksi kisah sebenar serta realiti hidup manusia.

Sementara itu, antara barisan artis yang akan memeriahkan malam itu adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Fauziah Ahmad Daud, Hazama, Amir Jahari, Jaafar Onn, Melissa Saila, Tam Suhaimi, Waris, DJ Fuzz, Azlan & The Typewriter, Hafiz dan Adira.

ASK 2013

Pantene sekali lagi menjadi penaja utama untuk Anugerah Skrin 2013 untuk kali ke-10. Untuk menyemarakkan lagi kemeriahan acara Anugerah Skrin, Pantene bersama-sama TV3 sekali lagi menganjurkan Pantene Star Search Anugerah Skrin 2013. Pertandingan Pantene Star Search Anugerah Skrin 2013 telah mengadakan sesi uji bakat di 5 buah negeri pada setiap hujung minggu bermula di awal bulan September hingga akhir bulan Oktober. 10 orang finalis terpilih daripada uji bakat Pantene Star Search. Pada 17 November sejajar dengan Jelajah ASK 2013 di Pusat Beli Belah [email protected], Pantene Star Search akan mengumumkan dua pemenang utama, iaitu seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang perempuan.

Bagi Pemenang Hadiah Utama, setiap orang akan menerima kontrak bakat satu tahun dengan mana-mana syarikat dalam Kumpulan Media Prima Berhad (bernilai kira-kira RM50,000), berpeluang untuk menjadi hos bersama di Karpet Merah Anugerah Skrin 2013, hadiah wang tunai bernilai RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja), peluang untuk membintangi iklan komersial P & G, hamper P & G bernilai kira-kira RM200 dan Trofi sebagai hadiah. (Bersama ini disertakan profil 10 finalis Pantene Star Search Anugerah Skrin 2013.)

Siapakah yang akan menggondol anugerah Pemenang Hadiah Utama? Saksikan Anugerah Skrin (ASK 2013) malam nanti.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013)”

  1. muja says:

    wah,,, sape la menang agaknya ye,, huhuu
    muja recently posted…Peperiksaan PISMP Semester 2 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge