Angola Haramkan Islam, Masjid Dimusnah, Al-Quran Dibakar

Angola-Bans-Islam-Destroys-Mosques-300x194.jpg

Angola Haramkan Islam, Masjid Dimusnah, Al-Quran Dibakar | Allahu Rabbi. Terkejut Dr Fuh dengar berita ni. Ikuti berita penuh yang dipetik dari laman Sinar Harian

Angola – Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam.

Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

<img class="aligncenter size-full wp-image-10857" alt="Angola Haramkan Islam, Masjid Dimusnah, Al-Quran Dibakar. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola” src=”http://fuh.my/wp-content/uploads/2013/12/angola-haramkan-islam.jpg” width=”384″ height=”216″ />

“Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut,” jelasnya lagi.

Menurut beforeitsnews, kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.

<img class="aligncenter size-full wp-image-10855" alt="Angola Haramkan Islam, Masjid Dimusnah, Al-Quran Dibakar. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola” src=”http://fuh.my/wp-content/uploads/2013/12/angola-anti-Islam.jpg” width=”1024″ height=”684″ />

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Islam Angola (ICA), David Ja memberitahu, tindakan menutup masjid di negara tersebut dilakukan sejak 2010.

“Selain menyasarkan masjid, kerajaan turut bertindak sewenang-wenangnya membakar 120 al-Quran dalam beberapa serbuan ke atas masjid yang dilakukan sejak akhir-akhir ini,” menurutnya. – Lapor Sinar Harian

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Angola Haramkan Islam, Masjid Dimusnah, Al-Quran Dibakar”

  1. omg says:

    sape la nak tolong negara Angola ni…? sampai camtu?…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge