Anggota Polis Maut Dirempuh Penjenayah

Anggota-Polis-Maut-Dirempuh-Penjenayah3.jpg

Anggota Polis Maut Dirempuh Penjenayah | Parit Buntar: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 1 petang tadi.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.

“Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.

Anggota Polis Maut Dirempuh Penjenayah Anggota Polis Maut Dirempuh Penjenayah2

“Anggota yang dipercayai bertugas Di Balai Polis Kuala Kurau di sini, dikenali sebagai mohd Azuan, 24 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.

“Sementara rakan setugasnya parah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan,” katanya.
Menurutnya, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang giat dijalankan.

Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke jalan Alor Pongsu.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

One thought on “Anggota Polis Maut Dirempuh Penjenayah”

  1. Shaklee says:

    Inna lillah

    ya ALLAH

    ni kampung opah saya

    saya tau tempat ni

    ya ALLAH kesiannya

    ya ALLAH berikan sebaik pembalasan kepada penjenayah tu dan tempatkanlah arwah polis ni di syurgaMU

    amiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge