Analisa Pemain Perlawanan Malaysia Vs Chelsea 2013

malaysia-vs-chelsea-21-julai-2013.jpg

Analisa Pemain Perlawanan Malaysia Vs Chelsea 2013 | Seperti yang kita ketahui pada malam ini akan berlangsungnya perlawanan pasukan Malaysia Vs Chelsea FC 2013 yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Dikatakan sepak mula adalah pada jam 9:45 malam. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui saluran 801 Astro arena dan Dr Fuh ada sediakan link Live Streaming Malaysia Vs Chelsea 21 Julai 2013 untuk memudahkan sesiapa yang tidak dapan menonton perlawanan di kaca televisyen.

Di bawah ini Dr Fuh buat sedikit analisa pemain tumpuan yang bakal turun pada malam ini.

Analisa Pemain Perlawanan Malaysia Vs Chelsea 2013

AIDIL ZAFUAN VS DEMBA BA
aidil zakuan demba ba

Satu-satunya pertempuran diantarta 2 pemain Islam yang sedang menjalani Ibadah Puasa Ramadhan menyaksikan pertembungan antara Aidil Zafuan dan Demba Ba. Bermula dari perlawanan sebelum ini dengan Singha All Star, Ba dijangka menjadi pemain utama yang akan ditunkan pada malam ini. Dengan khabar angin mengenai potensi perpindahan Wayne Rooney ke Chelsea, Ba sudah semestinya akan bermain dengan bersungguh-sungguh untuk memberi kepercayaan kepada ‘boss baru’nya dan membuktikan bahawa beliau amat bernilai dalam skuad itu. Jadi, Aidil perlu memastikan bahawa dia bermain dengan baik untuk mengekang asakan dari pemain yang berasal dari negara Senegal itu.

NIK SHAHRUL VS EDEN HAZARD
nik shahrul eden hazard
Nampaknya pemain sayap Belgium mungkin bernasib baik kerana ketiadaan Mahali Jasuli dan mungkin akan berdepan Nik Shahrul. Pemain pertahanan Kelantan FA ini dikatakan masuh kurang berpengalaman dalam perlawanan antarabangsa (walaupun, ini bukan perlawanan antarabangsa) dan tidak ada dijangkakan kurangmemberi ancaman kepada pasukan lawan. Namun demikian Nik Shahrul sudah semestinya menunjukkan permainan terbaik beliau bagi memberi kepercayaan kepada K Rajagopal.
ASRARUDDIN PUTRA VS ANDRE SCHURRLE
asraruddin putra ANDRE SCHURRLE
Kapten selangor ini iaitu Asraruddin Putra bakal menggalas beban sepenuhnya untuk mengekang pemain daripada Jerman iaitu Schurrle. Bekas bintang Bayern Leverkusen ini telah menarik perhatian penurus baru Chelsea. Oleh itu beliau perlu membuktikan kepada pengurus pasukannya dan para penyokong Chelsea bahawa pembeliannya adalah berbaloi. Schurrle mempunyai kepantasan dan tenaga yang dikatakan yang terbaik di dunia. Jadi, pertembungan ini boleh bertukar menjadi mimpi ngeri bagi pasukan tuan rumah.
AMRI YAHYAH VS JOHN TERRY
amri yahyah john terry
Ini pula pertembungan bintan sensasi Malaysia, Amri Yahyah yang akan berdepan John Terry. Amri merupakan pemain yang tangkas dan beliau telah menjaringkan gol terhadap bekas juara Liga Perdana Inggeris iaitu pasukan Manchester United pada pelawanan jelajah musim lalu dan akan mencari peluang untuk mengulangi pencapaian pada hari ini. Bermain menentang pemain yang lebih besar dan lebih cepat daripada dia, Amri perlu menggunakan kemahiran beliau untuk menggunakan peluang sebaik mungkin.Terry yang baru cergas dari kecederaan pastinya akan bermain dengan sebaik mungkin.
NAZRIN NAWI VS BRANISLAV IVANOVIC
NAZRIN NAWI ivanovic
Pada malam ini Nazrin Nawi pula akan berdepan pemain yang telah ‘digigit Suarez’ iaitu Ivanovic. Nazrin akhirnya tampil musim ini bersama skuad Malaysia. Dengan membawa kemahiran dan kepantasan yang dimilikinaya, dia harus yakin berhadapan dengan Ivanovic pada malam ini. Pemain Serbia ini adalah seorang pemain yang versetile apabila beliau mampu menjaringkan banyak gol untuk pasukan Chelsea musim lalu.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan Malaysia! Keputusan perlawanan Malaysia Vs Chelsea akan diupdate kemudian.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Analisa Pemain Perlawanan Malaysia Vs Chelsea 2013”

  1. kucinghitam says:

    no komen kalo komen ckp xsokong huhuhu
    kucinghitam recently posted…Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan SakinahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge