Anak Pasangan Sweden Akui Biasa Dipukul Ibu

Anak Pasangan Sweden Akui Biasa Dipukul Ibu

 

Anak Pasangan Sweden Akui Biasa Dipukul Ibu | Seorang daripada anaknya pula berkata, mereka sudah tidak berasa sakit lagi akibatnya kerana sering dipukul.

Menurut laporan portal berita Sweden The Local, Shalwati dilaporkan memukul anak-anaknya untuk beberapa tahun termasuk menggunakan kayu, penyangkut baju dan juga tali pinggang.

ANAK pasangan Malaysia yang kini sedang didakwa di Mahkamah Sweden kerana dakwaan penderaan anak-anak dalam keterangan mereka berkata mereka menanggung penderitaan akibat kerap dipukul oleh ibu mereka Shalwati Norshal.

“Saya sudah biasa dipukul oleh ibu.

“Dia selalu memukul saya di belakang dan di kaki, kemudian dia akan menarik telinga saya dan memukul saya di kepala,” kata seorang anak Shalwati.

Sebelum ini Shalwati, seorang guru yang kini mengambil cuti tanpa gaji kerana menemani suaminya seorang Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, mendakwa hanya memukul anaknya itu sekali sahaja.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin yang bertugas di Stockholm, Sweden kini sedang dibicarakan di Mahkamah Daerah Solna kerana memukul empat anak mereka berusia antara tujuh dan 14 tahun.

Menurut laporan media lain, Azizul ketika soal siasat berkata beliau hanya memukul anaknya pada kali kedua mereka sudah melakukan kesalahan untuk mendisiplinkan mereka.

Antara dakwaan yang dikenakan ke atas Azizul ialah beliau memaksa seorang daripada anaknya itu untuk duduk di penjuru rumah selama lapan jam tanpa makanan.

Anak Shalwati yang berusia 12 tahun juga dilaporkan telah menulis surat meminta maaf daripada ibunya.

“Ia adalah hanya kemarahan saya yang memulakan semua ini, saya akan menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubahnya,” katanya.

Surat itu dimaklumkan oleh peguam bela Shalwati Kristofer Stahre kerana ia ditemui di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan tetapi surat itu ditolak oleh pasukan pendakwaan untuk dijadikan bahan bukti.

Pendakwa, Ana Arnell pula dilaporkan berkata surat itu tidak diambil kira sebagai bukti kerana ia adalah satu bentuk komunikasi peribadi dalam kalangan ahli keluarga.

Shalwati dan Azizul didakwa memukul anak mereka di rumah mereka di Stockhoml antara 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013.

Mereka berdua bakal berdepan hukuman penjara antara enam bulan dan enam tahun bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan ditetapkan berlangsung selama 10 hari sehingga 10 Mac depan.

Pasangan itu ditahan pada 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul anak mereka kerana tidak menunaikan solat. – Mynewshub.my

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments