Amanat Terakhir Seniwati Umi Kalthum Sebelum Meninggal Dunia

seniwati-umi-kalthum-meninggal-dunia.jpg

Amanat Terakhir Seniwati Umi Kalthum Sebelum Meninggal Dunia | Seperti yang kita ketahui, pada 24 Julai 2013 yang lalu, telah perginya seorang Seniwati Vateran Datin Umi Kalthum menghadap Illahi

Sekeping nota tulisan Allahyarhamah Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu.

Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang disimpan dan perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.

Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat.

Amanat Terakhir Seniwati Umi Kalthum Sebelum Meninggal Dunia

Amanat Terakhir Seniwati Umi Kalthum Sebelum Meninggal Dunia

“Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap.

“Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor.

Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.

Dalam pada itu Amir Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik S Roomai Noor sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.

Turut ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai tanda ada orang meninggal dunia.

Kesemua kelengkapan jenazah itu disimpan rapi dalam sebuah almari dan digunakan sebagai memenuhi impiannya.

Allahyarham juga turut berpesan agar mengebumikan jenazahnya di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang di sini iaitu berdekatan dengan kubur arwah ibunya.Arwah juga kata Amir Noor pernah melahirkan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah ataupun pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillahlah… hajat nenek untuk meninggal dunia pada bulan Ramadan seperti yang diimpikan telah dimakbulkan Allah,” katanya.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ALLAHYARHAMAH.

Sumber Asal

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Amanat Terakhir Seniwati Umi Kalthum Sebelum Meninggal Dunia”

  1. Eyma Lydia says:

    Al-fatihah buat arwah :’)
    Eyma Lydia recently posted…Jumpa sekali pun cukuplah sayangMy Profile

  2. mujagirl92 says:

    moga ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman,, amiin
    mujagirl92 recently posted…Jamuan Berbuka Puasa TESL 2 Ambilan Januari 2013.My Profile

  3. nego says:

    takziah kepada yang meratapi
    nego recently posted…#>>Tutorial membeli ProdukMy Profile

  4. Atiqa anuar says:

    Takziah untuk keluarga beliau. semoga ditempatkan golongan org yg beriman. ameeen

  5. kucinghitam says:

    alfatihah bt keluarga beliau
    kucinghitam recently posted…FARAH AF2 NAFI MENCURIMy Profile

  6. kucinghitam says:

    semoga arwah diberkati amin
    kucinghitam recently posted…FARAH AF2 NAFI MENCURIMy Profile

  7. sayidah says:

    subhanallah.
    sayidah recently posted…RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT.My Profile

  8. kucinghitam says:

    kebetulan atau suratan
    kucinghitam recently posted…JOM BUAT DUIT RAYA DALAM USD DENGAN STEMCELLMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge