Amalan Rasulullah S.A.W Pada Hari Raya Aidilfitri

Amalan Rasulullah S.A.W Pada Hari Raya Aidilfitri

Amalan Rasulullah S.A.W Pada Hari Raya Aidilfitri | Tinggal beberapa hari lagi untuk kita bertemu Syawal yang di nanti. Pasti lepas nih kita akan merindui Ramadhan yang penuh barakah ni kan. Macam mana persiapan hari raya semua pembaca? Harap semuanya dah siap sedia lah yek, tunggu nak balik kampung jek la. Puteri ada terbaca satu artikel untuk di kongsikan untuk semua. Iaitu amalan yang dapat dipraktikkan pada Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

Amalan Rasulullah S.A.W Pada Hari Raya Aidilfitri

  1. Solat sunat tasbih: Rasulullah menyarankan kepada kita melakukan solat sunat tasbih pada tiap-tiap malam. Andai kata tidak mampu, sekali seminggu. Andai tidak mampu jugak, sekali sebulan. Andai tidak mampu lagi, sekali setahun. Andai tidak mampu2 lagi, kerjakanlah sekali seumur hidup.
  2. Qiamullail: Imam syafie pernah menyebut dalam kitabnya Al-um, bahawasanya ada 5 malam yang mana sangat mustajab untuk berdoa. 1) malam jumaat 2) malam aidil fitri 3) malam aidil adha 4) malam awal bulan rejab 5) malam nisfu syaaban.
  3. Mandi sunat aidil fitri: ianya sangat mudah untuk dilakukan. Sebelum mandi mestilah berniat seperti ‘sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah kerana Allah taala. Ia bukanlah terbatas setakat itu sahaja, bahkan segala apa sahaja amalan yang kita lakukan jika diniatkan kerana Allah, nescaya ianya akan dikira sebagai ibadah.
  4. Makan sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri: ada riwayat yang menceritakan bahawa sebelum pergi bersolat sunat aidilfitri nabi akan makan buah tamar. Dan buah tamar yang dimakan oleh nabi adalah dalam bilangan ganjil. Ada yang menyebut 3. Ada jugak yang menyebut 5. Wallahua’lam.
  5. Memakai pakaian yang suci: ia merupakan lambang kepada kemenangan seorang muslim selepas Berjaya menahan dugaan dan nafsu selama sebulan. Sesetengah ulama berpendapat bahawa jubah putih dan serban putih adalah pakaian hari raya yang terbaik. Namun begitu, pakaian yang lain tidaklah dilarang untuk dipakai asalkan ianya adalah pakaina terbaik yang dimiliki.
  6. Memakai wangi-wangian: ia disunatkan kepada lelaki sahaja. Wanita tidak boleh memakai wangian yang baunya keterlaluan kerana boleh menjadi fitnah.
  7. Banyakkan bertakbir: sebaik saja masuknya malam pertama bulan Syawal kita digalakkan untuk bertakbir sehingga imam mengangkat takbir sembahyang raya. Ini kerana selepas solat sunat fitrah stidak lagi disunatkan untuk bertakbir seperti mana sebelumnya.
  8. Menunaikan zakat fitrah pada pagi hari raya: nabi pernah bersabda bahawa waktu yang paling afdhal untuk menunaikan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya fitrah. 0leh sebab itu solat sunat hari raya sunat dilambatkan bagi memberi peluang menunaikan zakat fitrah.
  9. Pergi ke masjid melalui jalan yang berlainan dengan jalan pulang ke rumah: islam adalah agama yang mementingkan ukhuwah. Tujuan nabi pergi ke masjid melalui jalan yang berbeza dengan jalan pulang ke rumah adalah untuk berjumpa dengan lebih ramai orang untuk bermaaf-maafan. Lihatlah betapa senangnya untuk memperoleh pahala tetapi semuanya bergantung kepada ilmu seseorang.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments