Amalan Penting Agar Bebas Dari Siksa Kubur

malam-pertama-alam-kubur.jpg

Amalan Penting Agar Bebas Dari Siksa Kubur | Kubur adalah tempat persinggahan kita yang pertama. Kalau mudah di kubur insyaAllah akan mudah pada alam yang seterusnya, Jika susah dikubur , maka yang seterusnya akan lebih susah lagi. Berikut adalah amalan yang sohih yang mudah di amalkan agar kita terlepas dari azab kubur.

Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda : “sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu Surah Al-Mulk”(Tabaarakal-Lazi).”

Daripada Annas Ibnu Malik berkata”Nabi s.a.w telah bersabda : “Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada Kitab Allah kecuali “ Tabaarakal-Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya Malaikat.Maka Surah itu telah menahan wajahnya dan Malaikat berkata pada Surah itu. Sesungguhnya kamu daripada Kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia(si mati), jadi pergilah menemui Allah S.W.T. Dan mintalah syafaat daripadanya.Maka dia pun(surah) menemui Allah S.W.T Dan berkata : “Wahai Tuhanku,sifulan ini(si mati),dia memilih saya dalam Kitab-Mu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyiksanya, walhal saya di dalam dadanya.Maka jika Engkau ingin berbuat demikian ,jadi padamlah saya dari Kitab-Mu. Dan Allah S.W.T berfirman: “Aku nampak kamu marah.” Dia menjawab(surah): Sesungguhnya saya marah. Allah S.W.T berfirman:”Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya.”

Nabi s.a.w bersabda:”Surah itu datang kepada Malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.

Maka Surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka Surah itu bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia tidak berasa kesunyian.”

Annas berkata:”Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan,kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu yang menyelamatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

Daripada Annas Ibnu Malik berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabaarakal-Lazi)
(Hadis riwayat At Tabarani).

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah s.a.w telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan Surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.”Nabi s.a.w. Itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada siksaan kubur. (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Daripada Jabir r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk. (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Adakah kamu mahu saya khabarkan kepada kamu satu hadis yang menggembirakan kamu,ia berkata bahkah!”

Beliau(Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu, Sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat Hari Kiamat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah S.W.T menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada siksaan kubur.

Dan Nabi s.a.w bersabda: “Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Amalan Penting Agar Bebas Dari Siksa Kubur”

  1. amir zahari says:

    Surah Al-Mulk jadi pembela di dalam kubur, kawan dan juga peguambela.. rugi siapa tak amal baca sebelum solat subuh atau menunggu waktu subuh elok baca..
    amir zahari recently posted…Silence Day Of Wednesday #33 – Tanjung Biru, Port DicksonMy Profile

  2. vcore says:

    memperbanyakkan amalan…..
    vcore recently posted…20 Fakta Menarik Tentang Otak ManusiaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge