Amalan Dan Ibadat Pada Malam Dan Hari Jumaat

tarbiyah.jpg

Amalan Dan Ibadat Pada Malam Dan Hari Jumaat | Alhamdulillah, sudah hari Khamis. Esok dah hari Jumaat, jadi Puteri ingin mengajak semua pembaca untuk perbanyakkan amalan dan ibadat kepada-Nya terutama pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Semalam, puteri ada terbaca satu artikel tentang amalan dan ibadat yang dapat dipraktikkan oleh kita semua. Jadi, sama-sama lah kita praktikkannya. In Shaa Allah akan diberikan keberkatan dari Allah S.W.T.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Amalan Dan Ibadat Pada Malam Dan Hari Jumaat

1. Solat Subuh berjemaah

Dari Abu Ubaidah al-Jarrah r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Tidak ada daripada mana-mana sembahyang yang paling afdhal daripada sembahyang Suboh pada hari Jumaat secara berjemaah dan saya berpendapat bahawa tidak ada sesiapa yang menghadirinya di antara kamu melainkan dia memperoleh keampunan” (At-thabarani)

Pahala sembahyang Subuh berjemaah adalah yang paling besar diantara sembahyang berjemaah yang lain.

2. Membaca surah Al-Kahfi pada siangnya

Dari Ibnu Umar r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat”

3. Membaca surah Al-Kahfi pada malamnya

Dari Abu Said Al-Khudri katanya: (bermaksud)

“sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah”

4. Memperbanyakkan sedeqah

Ibnu Abu Syaibah didalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan daripada Ka,ab r.a, katanya: (bermaksud)

“Bersedeqah pada hari Jumaat digandakan ganjarannya”

5. Membaca surah Ad-Dukhaan

Dari Abu Hurairah r.a, katanya,

“Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) “sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-dukhaan’ pada malam Jumaat, dia akan diberi keampunan” (Tarmizi).

Abu Umamah r.a, katanya “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)

“Sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-Dukhaan pada malam Jumaat atau hari Jumaat, Allah membina sebuah rumah baginya di syurga” (At-Thabarani)

6. Membaca surah Yasiin pada malam Jumaat

Abu Hurairah r.a, katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Haa Miim Addukhaan’ dan ‘yasiin’ jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni” (Al-Baihaqi)

7. Zikir memohon ampun sebelum suboh hari Jumaat

Dari Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)

“Sesiapa yang membaca sebelum suboh hari jumaat sebanyak tiga kali ‘Astaghfirullah…….…wa atu-bu-ilaih’ dosanya diampun walaupun lebih banyak daripada buih di lautan” (At-Tabarani)

8. Memperbanyakkan selawat

Abu Umamah r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling dekat denganku” (Al-Baihaqi)

Untuk mendownload surah-surah diatas, anda boleh lah klik pada SUMBER untuk ke page penulis asal. Wassalam.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Amalan Dan Ibadat Pada Malam Dan Hari Jumaat”

  1. sayidah says:

    in shaa ALLAH buat mana yang termampu 🙂
    sayidah recently posted…RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT.My Profile

  2. maz says:

    T.kaseh. Samalah kita amalkan. Wassallam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge