Amalan Dan Adab Seorang Suami Ketika Isteri Mengandung

hamil-1.jpg

Amalan Dan Adab Seorang Suami Ketika Isteri Mengandung

Amalan Dan Adab Seorang Suami Ketika Isteri Mengandung | Assalamualaikum dan salam sejahtera, artikel kali ini Puteri paparkan beberapa amalan dan adab seorang suami ketika isteri mangandung. Diharapkan artikel ini dapat membantu si suami dan juga isteri dalam meniti kebahagian untuk menjadi seorang ayah dan ibu yang baik, soleh dan solehah. In shaa Allah.

AMALAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Kebiasaannya apabila seseorang isteri disahkan hamil, kaum SUAMI adalah antara insan yang paling gembira….namun adakah cukup dengan hanya menunjukkan kegembiraan sahaja….ada beberapa amalan yang perlu dilakukan oleh suami.

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,

“La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Selamat mencuba, semoga Anak yang lahir nanti menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabb. Wallhualam.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “Amalan Dan Adab Seorang Suami Ketika Isteri Mengandung”

  1. Zuan says:

    perkongsian yang bagus untuk mereka yang baru nak dapat 1st anak ^^
    Zuan recently posted…Tak Cukup Masa???My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge