Allahu Rabbi! Penyamun Kejam Gilis Isteri

Allahu Rabbi! Penyamun Kejam Gilis Isteri. Selain tangan kanan luka teruk, ada kesan tayar di beberapa anggota badannya, menandakan arwah dilanggar

Allahu Rabbi! Penyamun Kejam Gilis Isteri | Disaat seluruh umat Islam ternanti-nanti kepulangan keluarga tersayang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri esok, lain pulanya cerita di Serdang, Selangor dimana seorang suami kehilangan isteri tersayang apabila penyamun telah menggilis mati isterinya ketika menyamun. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari harian Metro.

Serdang: “Selain tangan kanan luka teruk, ada kesan tayar di beberapa anggota badannya, menandakan arwah isteri saya dilanggar sebelum digilis ketika cuba menghalang kumpulan penjenayah itu melarikan lori kami.

“Malah, mereka turut membelasah arwah untuk menyamun barang kemas dipakainya,” kata Yahaya Ishak, 62, suami mangsa samun dan bunuh, Rohani Harun, 50, dalam kejadian di Jalan SR 6/3, Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang juga peniaga ayam dilanggar ketika cuba menghalang tiga lelaki melarikan lori miliknya.

Kumpulan penjenayah terbabit dipercayai menyasarkan wang RM15,000 milik mangsa yang disimpan dalam lori itu. Wang itu hasil jualan ayam sejak tiga hari lalu.

Sebelum itu, lori Inokom Lorimas dipandu Rohani dihalang tiga penjenayah terbabit yang menaiki kereta Perodua Myvi putih selepas mereka mengekorinya. – HM

Al-Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments