Allahu Rabbi! Kesiannya – Badan Bayi Melecur Terbakar Sendiri

bayi-melecur.jpg

Allahu Rabbi! Kesiannya – Badan Bayi Melecur Terbakar Sendiri | CHENNAI – Seorang bayi lelaki yang berusia tiga bulan mengalami luka melecur selepas badannya dilaporkan terbakar sendiri untuk kali keempat.

Bayi itu, Rahul telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan melecur di unit rawatan rapi di Chennai minggu lalu.

Menurut doktor, badan bayi berkenaan mengeluarkan api secara tiba-tiba dipercayai berpunca akibat pembuangan gas melalui kulit badannya.

Ia mengakibatkan bayi itu melecur di bahagian dada dan kepala.

“Bayi ini berada dalam keadaan stabil dan rawatan itu dijalankan untuk kecederaan lecur serta parut,’’ kata ketua unit paediatrik, R. Narayana Babu.

Jelas R. Narayana, bayi berkenaan kini berada di bawah pemantauan dan akan dibenarkan keluar dalam masa dua minggu.

Rahul, yang berasal dari Villupuram, mula mengalami insiden tersebut ketika dia berusia sembilan hari.

Ibunya, Rajeswari berkata, keadaan itu menyebabkan orang ramai menuduh dia membakar anaknya sendiri.

Jelasnya, situasi yang berlaku itu juga menyebabkan dia dan suaminya, yang juga seorang petani, dikecam oleh masyarakat menyebabkan mereka hilang segala-galanya.

“Kali terakhir badan Rahul terbakar adalah bulan lepas,’’ katanya.

Bagaimanapun doktor di hospital Kolej Perubatan Kilpauk yang merawat Rahul memberitahu, mereka hanya mendapat laporan mengenai keadaan Rahul daripada ibunya sahaja memandangkan bayi itu tidak mempunyai rekod perubatan.

“Bayi itu perlu dipantau dengan berhati-hati. Kita perlu menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan genetik,’’ katanya.

Namun tidak semua percaya dengan dakwaan Rajeswari bahawa bayinya terbakar dengan sendiri.

Dalam pada itu, dianggarkan 200 kes melibatkan kes badan mengeluarkan api, namun ia biasanya melibatkan orang tua, orang sakit atau berada di bawah pengaruh alkohol. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Allahu Rabbi! Kesiannya – Badan Bayi Melecur Terbakar Sendiri”

  1. Subhanallah.. saya pun susah nak percaya boleh terbakar sendri. Tapi jika itu kuasa Allah tiada apa yg mustahil…
    Aniqbukhary32 recently posted…Pemain hoki negara Chua Boon Huat dalam kenanganMy Profile

  2. Kalau Betul la dia terbakar sendiri.. Ya Allah apalah yang Allah nak tunjukkan kepada manusia melalui kau wahai Anak. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu pasti ada sebab musababnya..
    lekatlekitgurl recently posted…PELAKON MAIMON MUTALIB MENINGGAL AKIBAT BARAH PAYUDARAMy Profile

  3. vcore says:

    kesian baby tu T_T

  4. World WarZ says:

    Pembakaran tubuh manusia secara spontan (bahasa Inggeris: Spontaneous Human Combustion, disingkat SHC) merupakan peristiwa terbakarnya tubuh manusia secara spontan yang dihasilkan dari tenaga dalam diri manusia itu sendiri .
    Dalam hal ini manusia yang mengalami SHC dapat berakibat bencana dan kematiandan . Dalam beberapa kes misteri SHC ini terjadi begitu cepat, hingga dalam beberapa kejadian tidak ada saksi yang menyaksikan proses dari SHC ini.
    Kalau Allah berkehendakkan sesuatu tiada apa yang mustahil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge