Allah Sentiasa Bersama Kita

A_lW1LUCcAAmU4v.jpglarge.jpeg

Allah Sentiasa Bersama Kita | Assalamulaikum dan Salam Sejahtera kepad semua pembaca Fuh.My yang dikasihi. Hari ini Luna ingin kongsikan sebuah perkongsian ilmiah bersama anda semua . KIta sebagai seorang umat Islam mestilah percaya akan rukun Iman .Salah satu daripadanya ialah Percaya kepada Allah S.W.T. Percayalah Allah Sentisa Bersama Kita dalam apa jua keadaan sekalipun walaupun kita bersendirian.

Wahai hati  bersabarlah…
Wahai jiwa  janganlah engkau lengah…
Wahai diri  janganlah engkau lupa…
bahwa ada Allah yang sentiasa menemani setiap langkah..

ALLAH tak pernah hampakan hambanya.
ALLAH tak pernah tinggalkan hambanya
yang sedang dalam kesusahan.
ALLAH tak akan pernah mengeluh
kerana asyik dengar rintihan kita..
sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita..

Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang Maha Esa.
Jangan pernah lupa ujian adalah nikmat dunia.

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya

jika ada di antara kita yang sekarang ini diuji dengan apa jua ujian sekalipun,
ingatlah, innallaha maana. Allah bersama kita.
Hadapilah halangan itu dengan sebaiknya.
Halangan itu antara tujuannya adalah untuk menjadikan diri kita lebih hebat.
Andai seluruh dunia berpakat menjatuhkan kita,
jika tanpa izin dari Allah,
pakatan itu tidak akan ada kesannya buat kita.
Bersabarlah wahai mujahid mujahidah.

 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Allah Sentiasa Bersama Kita”

  1. NOREHAN SAAD says:

    Jangan bertanya kenapa kita diuji begitu dan begini….ingatlah Allah menyayangi hamba-hambanya dan sentiasa bersama dengan orang yang sabar….terima kasih dengan perkongsian ini…..
    NOREHAN SAAD recently posted…VITAMIN SHAKLEE UNTUK PEROKOK TEGARMy Profile

  2. kucinghitam says:

    Allah memang sentiasa ada tp manusia slalu lupa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge