Al-Fatihah. Pelajar MRSM Meninggal Dunia Dipanah Petir

AL-FATIHAH - PELAJAR MRSM DIPANAH PETIR, MENINGGAL DUNIA - My Media Hub (1)

Al-Fatihah. Pelajar MRSM Meninggal Dunia Dipanah Petir | Pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dipanah petir di padang sekolahnya di Ayer Paabas, Alor Gajah petang kelmarin meninggal dunia, petang tadi.

Johan Jasmin, 13, disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka jam 3.50 petang selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Terdahulu BH melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pelajar berasal dari Shah Alam itu bersama sekumpulan pelajar lain dikatakan sedang berjalan masuk ke bangunan asrama sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri dipercayai terkena petir.

Susulan kejadian itu, Johan dihantar seorang guru pemantau ke Hospital Alor Gajah, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

sumber : mymetro

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments