Ais Krim Perisa Buaya

ais krim buaya

Ais Krim Perisa Buaya | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kreativiti seorang manusia sekarang bukan terhad dengan pembuatan peralatan canggih sahaja. Penghasilan makanan juga selalu dilakukan kelainan untuk menghasilkan bahan makanan yang lain dari yang lain dah sudah semestinya sedap pada deria rasa manusia.

ais krim buaya

Sebelum apa-apa, Teacher Muja ada satu soalan untuk pembaca semua. Harap jawab dalam hati sebelum baca perenggan seterusnya. 😀

Apakah perisa ais krim kegemaran anda? Coklat? Vanila? Mocha? Bagaimana dengan perisa buaya? Inilah perisa unik baru yang ditawarkan di restoran Sweet Spot di Bandar Davao, Filipina.

Pemilik restoran Sweet Spot di Bandar Davao telah menjual ais krim berperisa buaya semenjak mereka menerima penghantaran telur buaya.

Pemilik restoran unik ini yang merupakan suami isteri , Dino dan Bianca Ramos telah melakukan perniagaan ini semenjak menerima satu jumlah telur buaya daripada pak cik Dino.

Ia bermula sebagai satu eksperimen seterusnya bertukar menjadi salah satu daripada bahan makanan paling terkenal yang dijual oleh mereka.

“Pastinya ia hanyalah ais krim biasa dan tidak rasa seperti daging buaya,”kata Dino.

“Kami hanya menggunakan telurnya. Tetapi ia memang menghasilkan ais krim yang sedap,”

“Disebabkan buaya adalah spesis terancam, kami hanya menggunakan telur yang tidak menetas atau berlebihan,”

Dikatakan yang 80% daripada komposisi telur buaya adalah telur kuning dan jauh lebih sihat daripada telur ayam.

Tak sangka yang telur buaya juga boleh menjadi bahan makanan yang terkenal. Kalau korang berpeluang untuk merasa ais krim perisa buaya ni, korang mahu tak? 😀

Wassalaam.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments