Aigoo!! Baru Je Kenal Sudah Ajak Ke Bilik?

image-2.jpg

Aigoo!! Baru Je Kenal Sudah Ajak Ke bilik? | Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.

“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.

“Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.

“Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang dan maksiat yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

“Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya. – Sinar Harian

Dr Fuh – Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ni. Kalaulah hukum Hudud dilaksanakan…..hmmm

Baca sini!! – Sengsaranya Golongan Orang Yang Berzina

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

16 thoughts on “Aigoo!! Baru Je Kenal Sudah Ajak Ke Bilik?”

  1. Ya Allah.. asal perempuannya tu rambut cenggitu??? -_- dah macam lelaki
    Ainaa Roseberry recently posted…TERBURAI USUS KUCINGMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      BIASA LA TUE SEKARANG KAN FESYEN MACAM2
      VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  2. cik Ain says:

    1. Nak kenal lebih dekat, sampai kene masuk bilik… MASYAALAHHH!!!
    2. Lelaki tuh boleh nak kenal perempuan yg rambut mcm tuh…
    3. Perempuan tuh boleh nak kenal dengan lelaki perangai mcm tuh..

    #Berwaspada… Jaga diri, peringatan untuk diri sendiri dan semua.. ;D

    1. VIMAX2U says:

      XLEH NAK SALAH KAN SAPA2 SENDIRI YG CARI MASALAH
      VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  3. Anuar says:

    Hmmm… Macam-macam remaja zaman sekarang ni…
    Anuar recently posted…18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 di Politeknik Shah Alam, SelangorMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      TU BUKAN REMAJA DAH TUE BAPAK REMAJA DAH TENGOK
      VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  4. siti says:

    pe nk jd dgn dieorg nie…..
    buat dosa jer, dh xingat Tuhan ajaknye…
    ak nie bknnye pe, nk ckap ak kuat beragama xlah sangat, tpi tahulah jugak batas2 nye.
    nie diorang dah mcm mencabar hukum Allah SWT sahaja…
    dunia sekarang dah le tg hulu hara… xbawak bertaubat ckit ke.

    1. VIMAX2U says:

      bukan mencabar tp dah nafsu apapun dah xigt dah pun
      VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

  5. lina says:

    bila nafsu menguasi diri..

    menakutkan budak2 sekarang ni… nak salhkan mak bapak sebab xpantau anak-anak xboleh jgk, sebab diri sendiri boleh fikir mna baik dan buruk..

  6. VIMAX2U says:

    tak pun pompuan tu lesbo kot rambut semacam jer tengok
    VIMAX2U recently posted…VIMAXMy Profile

    1. lina says:

      les2 pon benafsu jgk .. ekekekke

  7. cik amal says:

    Astaghfirullahalazim…. kita sama2 doakan mereka dapat hidayah…

  8. kakgojes says:

    Huhu.bru kenal sebulan dah rela d ajak ke hotel..keliru sket mna llki mna pempuan

  9. amir zahari says:

    ini bukan nak kenal.. ini nak merasa.. jahanam betei..
    amir zahari recently posted…Nilai Filem KL Gangster 2 Cuma 5 RinggitMy Profile

  10. vcore says:

    mcm ni pon ada.ish2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge