Agro Farmstay Tarikan Baru Tempat Pelancongan Di Melaka

Agro Farmstay Tarikan Baru Tempat Pelancongan Di Melaka. Tempat Sesuai Untuk Program Motivasi, Kem Jati Diri, Team Building, Hari Keluarga Di Melaka

Agro Farmstay Tarikan Baru Tempat Pelancongan Di Melaka | Perkataan “agro“, “farm” dan “stay” sememangnya perkataan biasa yang selalu kita guna dan dengar, tetapi jika digabungkan ketiga-tiganya menjadi Agro Farmstay mungkin kita jarang dengar. So hari ini Dr Fuh nak bongkar apa itu Agro Farmstay dan apa yang menariknya tentang Agro FarmStay ni. Dalam artikel ini juga Dr Fuh akan kongsikan serba sedikit pengalaman Dr Fuh semasa berada di Agro FarmStay.

Agro FarmStay ni boleh dikategorikan sebagai sebuah tempat pelancongan yang agak unik dan menarik. Agro FarmStay terletak di Durian Tunggal, Melaka. Dengan keluasa 30 Ekar akan membuatkan pengunjung tidak jemu berada di sini kerana kawasan Agro FarmStay ini dipenuhi tumbuhan hijau dan terdapat haiwan-haiwan ternakan dan haiwan unik seperti lembu, ayam kapan, burung merak, landak, kuda, arnab, itik dan banyak lagi.

10580419_330101517150888_291021180_n

Permandangan dari luar Villa penginapan kami

villa

Ruang tamu Villa yang sangat menarik susun aturrnya dengan perabot kayu jati

Penginapannya pula memang tip top!! Dr Fuh dan wife ditempatkan di Villa bersama beberapa Blogger yang lain. Susun atur yang sangat menarik dengan hiasan perabot kayu jati memang memberikan ketenangan kepada kami. Villa yang disediakan mempunyai pelbagai kelengkapan asas seperti dapur, peti sejuk, seterika, microwave, TV dilengkapi Astro pakej penuh dan banyak lagi. So, kalau nak masak memang tiada masalah.

10716018_330101437150896_805187810_n

Antara haiwan eksotik yang terdapat di Agro Farmstay!

10699324_330101450484228_1226330920_n 10707891_330101433817563_1896823815_n

Sepanjang berada di Agro FarmStay selama 2 hari 2 malam, pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan. Yang menariknya, semua kelengkapan untuk aktiviti disediakan oleh pihak Agro FarmStay. Di antara aktiviti yang kami sempat lakukan semasa hari pertama adalah sukaneka yang melibatkan beberapa permainan “lejen” seperti boling kelapa, tiup belon sampai pecah, kepit buah kelapa, tiup tepung, baling belon berisi air dan banyak lagi!

10708225_330101503817556_720478430_n

Bergambar selepas penat bersukaneka!

Di sebelah petang pula,kami dibawa melawat sekitar kawasan Agro FarmStay. Rupa-rupanya banyak lagi kemudahan yang Dr Fuh tidak tahu yang berada di Agro FarmStay ni seperti bilik karaoke, Surau terapung, bilik meeting, kolam renang dan banyak lagi!

10717653_330101463817560_1578901113_n

Swimming pool melengkapkan lagi percutian di sini! Happening!!

10708412_330101510484222_912465843_n

Untuk pengetahuan umum, di Agro FarmStay terdapat 2 buah dewan iaitu dewan terbuka dan dewan tertutup yang boleh memuatkan 70 orang dalam satu-satu masa, terdapat bilik berkembar, bilik 8 katil (Dorm), chalets, bilik latihan, kelengkapan audio visual dan banyak lagi. Senang cerita memang serba lengkap la di Agro FarmStay ni kalau nak lakukan apa-apa aktiviti.

10715916_330101507150889_1554160221_n

Chalet yang terdapat di Agro FarmStay!

974377_330101427150897_631165342_n

Runag bilik mesyuarat yang sangat selesa!

Di Agro FarmStay ini juga terdapat beberapa buah kolam/tasik yang mana salah satunya dijadikan tempat rekriasi. Kelengkapan seperti kayak dan juga bot disediakan kepada pengunjung yang hadir. Di tasik itu juga dibenarkan untuk memancing ikan kerana terdapat banyak ikan-ikan air tawar. Cumanya, peralatan pancing kena lah bawa sendiri. Di tasik ini juga selalu diadakan aktiviti “water confident” yang mana ianya dikendalikan oleh staf berpengalaman dan berkelayakan dari Agro FarmStay.

10716180_330101413817565_836772785_n

Kayak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di tasik @ Agro FarmStay Melaka

10711532_330101400484233_1914946044_n 10705329_330101423817564_804645503_n

Rekomendasi – Agro FarmStay sememangya tempat yang sangat menarik dan mempunyai kelainan tersendiri. Di sini sesuai untuk mengadakan aktiviti seperti Program Motivasi, Kem Jati Diri, Team Building, Hari Keluarga atau tempat percutian berkumpulan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

AgroFarmStay @ Skill-Tech
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong Machap
Durian Tunggal, Melaka

En. Bari – 012-211 8246
Facebook : https://www.facebook.com/agrofarmstay (tengok banyak lagi gambar menarik disini)
Website : http://agrofarmstay.my/ (rujuk sini untuk keterangan lanjut)

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments