Adam AF Dan Fiza Elite Sah Bercerai Talak Satu

Adam AF Dan Fiza Elite Sah Bercerai Talak Satu. Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September 2013 selepas dua bulan berkenalan

Adam AF Dan Fiza Elite Sah Bercerai Talak Satu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Jodoh pertemuan itu adalah takdir Allah S.W.T. Nampaknya jodoh antara pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 2, Adam AF dengan bekas peserta kumpulan Elite iaitu Siti Zaidatul Fiza Abd Halim berakhir hari ini. Namun ia bukanlah bererti berakhir selamanya.

Selepas beberapa kali menafikan berlaku keretakan rumahtangga, penyanyi dan pelakon terkenal, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, atau lebih dikenali sebagai Fiza Elite akhirnya sah bercerai secara fasakh dengan suaminya, Adam AF sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Lafaz itu dibuat oleh Adam pada jam 1.05 tengah hari dihadapan Hakim, Mohd Nazri Basrawi secara tertutup.

Sebelum itu, Fiza mengemukakan permohonan lisan agar prosiding dijalankan secara tanpa kehadiran wartawan.

“Saya seorang ‘public figure’ dan tidak mahu masalah rumah tangga diketahui awam,” katanya.

Adam kelihatan sebak manakala Fiza yang memakai jubah dan selendang hitam kelihatan tenang.

Fiza dan Adam melangsungkan perkahwinan pada 26 September 2013 selepas dua bulan berkenalan.

Perkahwinan yang berusia tujuh bulan ini merupakan yang kedua bagi Fiza.

Sebelum ini, bekas penyanyi kumpulan Elite itu bercerai dengan Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dr Fuh – Sama-sama kita doakan semoga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan semoga mereka berbaik semua.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments