Adab Menguap Menurut Islam Yang Perlu Diketahui

Adab-Menguap-Menurut-Islam1.jpg

Adab Menguap Menurut Islam Yang Perlu Diketahui | Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda : Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca YarhamukAllah (Semoga allah memberi rahmat kepadamu).

Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya. [Riwayat Bukhari]

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]

Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:

Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk [Riwayat Abu Dawud]

Terdapat beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap terutama tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.

Dari Sahih Muslim Syarah Nawawi membicarakan mengenai maksud “Menguap adalah dari Syaitan. kata Imam Nawawi :

“Apa-apa perbuatan dari akibat kemalasan dan penyebabnya ditambah kepada seseorang bagi memuaskannya. Didalam Al-Bukhari Nabi saw berkata [Hadith no 1 diatas] : “Sesungguhnya Allah swt suka kepada bersin dan benci kepada menguap”. Dan berkata : Bersin menunjukkan kecegasan (aktif) dan ringan badan. Dan menguap pula sangat berbeza kerana ia memberatkan berat badan dan kepadatannya, dan kerehatannya membawa kepada bibit-bibit kemalasan. Ia satu penambahan kepada kerja Syaitan kerana ia akan menyeru kearah Syahwat. Ia ia disasarkan kearah menambah dan berlebihan didalam makanan dan makan yang berlebihan. Dan mengetahui bahawa menguap telah menambahkan. ” – Al-Nawawi

Menurut Mohammad bin Ismail as-Shan’ani didalam bukunya Subulus Salaam bahawa “Menguap dikatakan termasuk perbuatan syaitan, kerana dia keluar dari akibat kekenyangan atau kemalasan, dan kedua-dua perbuatan ini termasuk perkara-perkara yang disukai syaitan”

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:

  1. Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
  2. Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
  3. Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap

Maka jelas menguap itu satu tingkahlaku yang tidak beradab/baik. Bahkan dibenci Allah. Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah cuba sedaya upaya untuk tidak menguap. Cubalah sedaya upaya untuk merapatkan mulut ketika menguap sedapat yang mungkin. Sekiranya perlu, tutuplah mulut dengan tangan. Dan juga janganlah menghasilkan sebrang suara ketika menguap itu.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Adab Menguap Menurut Islam Yang Perlu Diketahui”

  1. Mazni Azmi says:

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    MENGUAP PUN ADA ADAB
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Itulah kehebatan agam fitrah ni.
    Semenjak dari lahir hingga meninggal. Semua sudah ada caranya
    =======================================
    CARA SUNNAH MEMANG TERBAIK
    =======================================
    (\(\
    ( -.-) RING3
    o__(“)(“) DARI MAZNI
    Mazni Azmi recently posted…Set Bersalin Shaklee Terbaik?My Profile

  2. webpage says:

    What is the faster way to learn carpentry besides being a laborer?
    webpage recently posted…webpageMy Profile

  3. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    Terima kasih perkongsian ilmu nie..mmg benar menguap tanpa menutup nya syaitan memasukinya melalui mulut yang terbuka luas.

    mselim3
    mselim3 recently posted…Asal Usul Nama Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge