Adab Berbuka Puasa Cara Rasulullah SAW

19082010034.jpg

Adab Berbuka Puasa Cara Rasulullah SAW

Adab Berbuka Puasa Cara Rasulullah SAW | Umat Islam amat digalakkan untuk mengamalkan sunnah daripada Rasulullah SAW. Antara adab yang dipraktikkan Rasulullah SAW ketika berbuka puasa adalah:

Rasulullah SAW menyegerakan berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda, “Manusia itu sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW berdoa ketika berbuka.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doa orang yang berpuasa itu tidak tertolak ketika dia berbuka.” (Ibnu Majah)

Menurut hadis sahih, Baginda juga baca bismillah sebelum makan dan membaca doa setelah selesai makan. Baginda berbuka dengan makanan yang mudah dimakan dan mudah dicerna.

Selain daripada itu, Baginda berbuka puas dengan beberapa biji rutab ataupun tamar.

Daripada Anas RA berkata, “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab (tamar basah) sebelum solat, jika tiada rutab Baginda berbuka dengan tamar, dan sekiranya tamar tiada baginda akan berbuka dengan air.” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Kata Tirmidzi ia hadis hasan]

Apabila selesai berbuka puasa dengan beberapa biji rutab, baginda akan menyegerakan solat maghrib.

Rasulullah SAW menyegerakan solat maghrib berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis di atas iaitu baginda berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum solat. Jika makanan sudah dihidangkan, baginda akan makan terlebih dahulu sebelum solat maghrib.

“Apabila dihidangkan makanan maka mulailah dengannya (makanan itu) sebelum kamu solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika makan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang berbuka dengan rutab, tamar atau air dan terus solat maghrib sedangkan makanan telah terhidang dikatakan oleh ulama yang mengamalkan sunnah di atas sebagai pengamal bidaah iaitu tidak mengikuti contoh yang ditunjukkan Rasulullah SAW. ‘

Rasulullah SAW makan sekadar yang perlu sahaja. Menurut hadis ini yang menunjukkan akhlak baginda yang tinggi, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah anak Adam itu mengisi satu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.

Sudah cukuplah bagi anak Adam itu dengan beberapa suap (makanan) yang dapat meluruskan tulang belakangnya (sekadar memberi tenaga), jika tidak boleh, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi. Kata al-Tirmizi: hadis hasan sahih)

Sama-sama kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Wallahua’lam

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge