8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikkan

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan | Inginkan penampilan yang menarik tanpa perlu berhabis duit membeli produk kecantikan? Sebenarnya, rahsia untuk menjadi cantik tidak semestinya datang dengan harga yang mahal, anda hanya perlu tahu lebih mendalam tentang makanan yang dimakan supaya apa sahaja yang terdapat dalam pinggan anda itu tidak hanya memberikan manfaat kepada kesihatan, tetapi juga memberi manfaat kepada kulit. Jadi, lupakan segala produk kecantikan yang mahal, dan mulakan mengambil beberapa jenis sayuran yang dapat membuatkan anda kelihatan menawan.

1. Bayam

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan

Mengambil sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam dapat memberi manfaat kepada kesihatan dan merubah penampilan anda. Bayam kaya dengan zeaxanthin dan carotenoids lutein, yang merupakan sumber asas yang menjadikan mata anda kelihatan lebih muda dan bersinar. Lagipun anda tidak akan kelihatan cantik dengan mata yang letih dan sembap, kerana mata merupakan perkara pertama yang menarik perhatian orang lain terhadap kita. Selain itu, bayam juga kaya dengan zat besi dan mineral penting yang memberikan anda kulit yang sihat. Jadi, mulakan pengambilan bayam setiap hari bagi mendapatkan segala manfaatnya bagi memiliki kulit yang sihat dan bersinar.

2. Kubis Merah

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan

Selain dari warnanya yang memberikan seri kepada hidangan, ia juga kaya dengan pelbagai mineral asas yang menjadikan anda cantik dari dalaman dan luaran. Tinggi kandungan iodin dan sulfur dalam setiap hidangan sayuran ini, ia boleh membersihkan toksin di dalam badan seterusnya memberikan seri kepada kulit. Semestinya kita tidak akan kelihatan menarik jika tubuh penuh dengan toksin, jadi satu cara terbaik untuk membuang toksin ini adalah dengan mengambil kubus merah dengan lebih kerap, sama ada direbus atau dimakan mentah. Manfaat kesihatan yang mengagumkan yang terkandung dalam sayuran ini akan menjadikan kulit anda licin dan bebas cela.

3. Kubis Berdaun (Kale)

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan

Sayuran lain yang terbaik untuk membantu kelihatan cantik adalah kubis jenis berdaun (kale). Satu hidangan sayuran ini (lebih kurang secawan kale yang telah dimasak) memberikan tubuh anda vitamin K dalam peratusan yang tinggi yang membantu menghalang osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga dapat menambahkan seri pada kulit, jadi anda akan kelihatan menawan semulajadi.

4. Ubi Bit (Beetroot)

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan

Terkenal dengan warna dalaman yang berwarna ungu atau merah jambu, ubi bit adalah sayuran lazat yang patut anda masukkan ke dalam hidangan harian. Ia juga dianggap “makanan kecantikkan” yang dapat mengurangkan jerawat dan mengekalkan kelembapan kulit dan menghilangkan kedutan halus. Tambahan pula, ubi bit membantu dalam membanteras lemak kerana kandungan betaine di dalam sayuran ini. Jadi, ia juga membantu anda mengawal berat badan di samping menjadikan kulit licin, gebu dan bersinar jika dimakan secara kerap.

5. Terung

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan

Sayuran berkilat dan bewarna ungu ini adalah bahan yang dapat menjadikan kulit anda licin dan cerah. Ia juga turut mengandungi komponen anti-penuaan istimewa yang dipanggil nasunin, yang memberikan warna ungu gelap kepada sayur ini. Nasunin juga dapat menghalang sel barah dari merebak dengan bertindak mengurangkan bekalan darah yang diperlukan oleh sel tersebut untuk bercambah. Nasunin bukan sahaja hebat dalam menghindari anda daripada barah, malah ia juga bermanfaat kepada fungsi kognitif tubuh. Menurut penyelidik, ia menghalang radikal bebas daripada memasuki otak dan merosakkan neuron yang dapat meningkatkan peluang untuk anda mendapat penyakit Alzheimer. (Tak guna cantik kalau nyanyuk :p)

6. Daun Basil

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan

Sayuran berbau harum ini merupakan bahan utama dalam kebanyakan pasta dan hidangan Asia. Disebabkan herba ini kaya dengan anti-oksidan, terutamanya eugenol, anda boleh mengharapkan manfaat perubatan daripadanya yang bukan sahaja meningkatkan taraf kesihatan, malahan kualiti kulit juga. Dengan bantuan eugenol ini, sel barah serviks dapat dihalang daripada terus bercambah dan menyebabkan kerosakkan badan, seterusnya sel barah ini makin berkurangan, semuanya kerana kesan anti-carcinogenic daun basil. Jadi, apabila kesihatan anda secara keseluruhannya berada dalam keadaan sihat, kulit anda juga secara automatik akan kelihatan hebat.

7. Putik Kubis

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan

Sayuran ini kaya dengan kandungan kompaun sulfur yang menghalang pertumbuhan tumor dengan menghadang enzim tertentu yang menggalakkan pertumbuhan yang tidak normal lepada tubuh. Menurut kajian saintifik, memakan putik kubis ini dapat memberikan bekalan kompaun sulfur harian kepada tubuh. Bahan ini dapat mengurangkan peluang untuk anda mendapat jangkitan, keradangan dan artiris.

8. Cili Benggala Merah

8 Sayuran Ini Penting Untuk Kecantikan

Cili benggala berwarna merah adalah sumber vitamin C yang terbaik, yang penting untuk pertumbuhan sel darah putih yang mengehadkan bilangan bakteria dalam badan. Dengan bekalan vitamin C yang mencukupi, sistem imunisasi dapat dikuatkan dan membuatkan anda kurang mendapat jangkitan. Selain itu, cili ini juga dikaitkan dengan kulit yang bebas kedut kerana kandungan vitamin C nya yang tinggi. Nutrien ini akan menggalakkan pengeluaran kolagen tubuh yang merupakan kunci kepada kulit yang anjal dan awet muda. (Blearghh, tapi Zyra tak suka sebab baunya 🙁 go oranges go!)

Semoga dengan mengamalkan memakan makanan hebat ini, anda akan kelihatan lebih muda, sihat dan mejadi lebih yakin dengan diri sendiri! 😉

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments