8 Gejala Yang Boleh Menjadi Punca Sakit Jantung

sakit-jantung.jpg

8 Gejala Yang Boleh Menjadi Punca Sakit Jantung | Gangguan kitaran darah ke atas jantung boleh menyebabkan kematian sel jantung itu sendiri. Proses inilah yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Manakala penyakit jantung koronari yang berterusan juga boleh mengakibatkan sakit jantung.

Apa pula penyakit jantung koronari ni?

Menurut Wikipedia, ia merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung. Kesannya, anda akan mengalami sakit dada yang teruk dan ketidakselesaan yang dipanggil angina.

Begitulah serba sedikit info yang dapat saya sampaikan kepada anda. Namun, jika anda kurang faham dengan penerangan di atas, anda boleh merujuk laman web Wikipedia di sini.

Sebabnya, matlamat asal saya ialah nak mewar-warkan kat anda 8 aktiviti biasa yang dikatakan menjadi punca utama penyakit jantung. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang saya maksudkan;

1. Anda kekurangan vitamin B6 dan B12, anti-oksidan dan asik folik yang menyebabkan paras homosistein yang tinggi dalam darah.

2. Melakukan kerja-kerja berat yang berterusan.

3. Waktu tidur yang tak mencukupi. Biasanya waktu tidur yang cukup adalah 5 ke 8 jam mengikut peringkat umur anda.

4. Selalu mandi di tengah malam. Elakkan mandi selepas jam 10 malam.

5. Melakukan hubungan seks di dalam air atau ketika cuaca (udara) yang terlalu sejuk.

6. Selalu berada di dalam keadaan kemurungan terutamanya untuk wanita.

7. Bagi lelaki pula, elakkan daripada emosi marah menguasai diri anda. Mengikut kajian University College London, mereka yang panas baran dan mudah meradang lebih mudah diserang penyakit jantung koronari.

8. Anda yang merokok secara berterusan.

Dr Fuh – Ini gejala-gejala yang biasa dan mungkin kita sendiri pon sudah sedia maklum. Pokok pangkalnya semua atas diri masing-masing. Jaga pemakanan, jaga gaya hidup, jaga kesihatan badan. Jangan sampai dah terkena baru nak tergadah. Pesanan ini dituju khas kepada Dr Fuh sendiri yang sedang mencari rentak untuk kembali menyihatkan badan yang dah terlebih sihat ni 🙂

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “8 Gejala Yang Boleh Menjadi Punca Sakit Jantung”

  1. hadifahmy says:

    hmm..rokok

  2. Ezad Skytech says:

    selalu tak cukup tidur tu yang jadi masalah….haiihhh
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

    1. kucinghitam says:

      tu la pasal semua suka jaga malam tdo siang kan dh jadi burung hantu
      kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

  3. kucinghitam says:

    thanks for the info lepas ni nak kena elakan
    kucinghitam recently posted…8 GEJALA PENYEBAB SAKIT JANTUNGMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge