7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena

7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena

7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena | Masalah tidur selalunya dihadapi oleh golongan dewasa atas faktor umur dan persekitaran. Tidur yang tidak berkualiti akan menjeaskan aktiviti seharian kerana ia menyebabkan kita berasa cepat letih dan lesu serta tidak bermaya. Zyra pun kadang kala perlu ambil masa yang lama untuk terlelap, puas bergolek atas katil tapi tak juga tidur, terutamnya bila terlebih tidur waktu siang -_-

Terdapat pelbagai faktor yang dapat menganggu tidur yang nyenyak seperti tekanan di tempat kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga, masalah perhubungan atau penyakit. Sebab itu tidur yang berkualiti kadangkala sangat susah untuk diperolehi.

Walaupun kita tidak dapat mengawal segala faktor yang menggangu tidur, kita boleh melakukan tabiat yang dapat membantu tidur yang lena, bermula dengan tips seperti berikut:-

1. Pilih untuk tidur secara berjadual

Masuk tidur dan bangun dari tidur pada masa yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu dan hari cuti! Menjadi konsisten akan mengukuhkan kitaran tidur-bangun anda dan dapat membantu ke arah tidur yang lebih nyenyak. Jika anda tidak dapat tidur dalam masa lebih kurang 15 minit, bangunlah dan lakukan sesuatu yang menenangkan. Pergi masuk tidur semula apabila anda berasa letih. Jangan memaksa diri untuk tidur kerana semakin dipaksa, ia akan menjadi semakin sukar untuk terlelap.

7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena

2. Beri perhatian terhadap apa yang anda makan dan minum

Jangan masuk tidur dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang. Ketidakselesaan anda mungkin akan menyebabkan ada terus berjaga. Juga hadkan kuantiti minuman yang diminum sebelum tidur, untuk menghindari gangguan tidur tengah malam iaitu sering berulang-alik ke tandas.

Nikotin, kafein dan alkohol perlu juga diberi perhatian. Kesan rangsangan nikotin dan kafein — yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang  — boleh merosakkan tidur yang berkualiti. Dan walaupun alkohol mungkin dapat membuatkan anda berasa mengantuk pada awalnya, ia dapat menggangu tidur pada waktu tengah malam.

3. Lakukan aktiviti ritual sebelum tidur

Lakukan perkara yang sama setiap malam untuk memberitahu tubuh anda bahawa sudah tiba masanya untuk berehat. Ini mungkin termasuklah mandi, membaca buku, atau mendengar muzik yang menenangkan  — dengan lampu yang malap atau dipadamkan terus. Aktiviti yang menenangkan boleh membantu tidur yang lebih baik dengan meringankan peralihan diantara terjaga dan mengantuk.

Tetapi, waspada dengan menggunakan TV atau alatan elektronik yang lain sebagai ritual sebelum tidur anda. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa skrin, dan media lain yang digunakan sebelum tidur boleh menggangu tidur.

4. Pastikan keselesaan

Cipta bilik tidur yang sesuai untuk tidur. Lazimnya, ini bermakna bilik yang nyaman, senyap dan gelap. Cuba pertimbangkan untuk menggunakan langsir yang boleh menggelapkan bilik, kipas angin dan alatan lain yang dapat mencipta susana yang sesuai dengan keperluan anda.

Tilam dan bantal anda juga dapat membantu ke arah tidur yang lebih baik. Pilih bantal, selimut, tilam, cadar yang dirasakan paling selesa untuk anda. Jika berkongsi katil, pastikan terdapat ruang yang mencukupi bagi kedua-duanya. Jika anda mempunyai anak-anak atau haiwan peliharaan, tetapkan had mengenai seberapa kerap mereka boleh tidur dengan anda atau pun pilih untuk asingkan tempat tidur mereka.

7 Tips Untuk Tidur Yang Lebih Lena

5. Hadkan masa tidur siang

Tidur siang yang berpanjangan dapat menggangu tidur malam anda — terutamanya jika anda menghidapi insomnia atau tidur yang tidak berkualiti. Jika anda memilih untuk tidur di siang hari, hadkan masanya ke 10 atau 30 minit dan lakukannya semasa tengahari.

Jika anda bekerja pada waktu malam, anda perlu membuat pengecualian terhadap peraturan untuk tidur siang. Dalam kes ini, pastikan tingkap anda ditutup rapat supaya cahaya matahari tidap menggangu tidur anda ketika waktu siang.

6. Masukkan aktiviti fizikal ke dalam rutin harian

Aktiviti fizikal secara kerap dapat membantu tidur yang lena, membantu anda tidur dengan lepih cepat dan menikmati tidur yang nyenyak. Masa juga mamainkan peranan yang penting. Jika anda bersenam hampir dengan masa tidur, anda mungkin akan berasa terlalu bertenaga untuk tidur. Jika ini menjadi satu permasalahan kepada anda, bersenamlah pada waktu awal hari.

7. Uruskan tekanan

Jika anda mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, tidur anda pasti akan terganggu. Untuk membantu mengembalikan semula ketengan dalam hidup, cuba pertimbangkan cara yang sihat untuk menguruskan tekanan. Benarkan diri anda untuk berehat apabila anda memerlukannya. Kongsi jenaka bersama rakan-rakan. Sebelum tidur, catakan apa yang berda dalam fikiran anda dan ketepikan ia untuk dilakukan pada  hari esok.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments