7 Tanda Taubat Seseorang Diterima Allah

taubat-kepada-Allah.png

7 Tanda Taubat Seseorang Diterima Allah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dirahmati sekalian. Setiap manusia di dalam dunia ini sudah semestinya tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Cuma yang membezakannya adalah besar mana kesilapan dan kesalahan tersebut. Namun berapa ramai yang sedar akan perkara ini dan berapa ramai pula yang pernah bertaubat kepada Nya? Hari ni Dr Fuh nak share 7 tanda taubat seseorang diterima Allah SWT. In Shaa Allah semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.

7 Tanda Taubat Seseorang Diterima Allah

Tanda pertama adalah selepas bertaubat, kita akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar.” (Surah Taha, ayat 82)

Yang kedua adalah hatinya selalu dihiasi rasa takut kepada Allah SWT, tidak pernah berpisah dengan-Nya siang dan malam sehingga ia mendengar malaikat berbicara pada ketika mencabut nyawanya seperti firman

Allah SWT yang bermaksud: “Jangan kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang dijanjikan Allah kepadamu.” (Surah Fussilat, ayat 30)

Yang ketiga pula adalah selalu menyesal kepada Allah SWT, penyesalan yang datangnya dari lubuk hati, menghadap Allah SWT dengan rasa malu, takut dan hina.

Yang keempat, merasa dan menyedari buruknya perbuatan dosa dan bahayanya.

Imam Ibn Qayyim memaparkan bahayanya perbuatan dosa dalam kitabnya Ad-Da’ wa Ad-Dawa’ dan al-Fawa’id.

Antara bahaya itu ialah menyempitkan hati, wajah menjadi suram, urusan menjadi sulit, malas beribadat, dibenci oleh ramai manusia, badan menjadi lemah, terbiasa melakukan perbuatan dosa, hilangnya rasa malu, berkurangnya nikmat hidup, hidup sengsara, mati su’ul khatimah dan mendapat seksa di akhirat.

Kelima, menjauhi dan meninggalkan kawan-kawan yang berperangai buruk kerana seseorang akan selalu mengikuti kebiasaan temannya. Allah SWT mengingatkan akibat berkawan dengan mereka.

Firman Allah SWT: “Dan Allah ingin menerima taubatmu, sedangkan orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran).” (Surah an-Nisa’, ayat 27)

Justeru, berhati-hatilah dengan kawan-kawan yang berperangai buruk, berpalinglah dari mereka dan ikutilah selalu jalan orang soleh. Ibn Atha’illah berkata: “Janganlah kamu berteman dengan seseorang yang keadaannya tidak membuatmu terdorong untuk berbuat baik dan ucapannya tidak membimbingmu menuju Allah.

Tanda keenam pula adalah tidak menganggap remeh dosa-dosa kecil seperti melihat perempuan yang bukan mahram dan bersalaman dengannya. Bilal bin Sa’ad berkata: “Jangan kamu melihat kecilnya dosa yang kamu lakukan tetapi lihatlah pada besarnya yang kamu langgar perintah-Nya.

Dan yang ketujuh adalah melenyapkan segala sesuatu yang menjadi sebab berlakunya maksiat seperti majalah lucah dan sebagainya. Jika tanda-tanda itu ada dalam diri saudara, Insya Allah taubat saudara diterima Allah SWT.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “7 Tanda Taubat Seseorang Diterima Allah”

  1. JOBS VIEW says:

    Sama-samalah kita bertaubat..semoga diberikan kekuatan oleh-Nya..
    JOBS VIEW recently posted…Jawatan Kosong di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang [UPDATE 10OCT2013]My Profile

  2. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    Terima kasih perkongsian nie… insaallah sesama2 kita memperbaiki diri ini yg serba kekurangan .. dan bersedia menghadap-Nya.

    mselim3
    mselim3 recently posted…Solat Sunat TawafMy Profile

  3. kucinghitam says:

    nice info kadang2 manusia sibuk cri duit sampai semua menda lupa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge