7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat

7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat

7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat | Ketika seluruh dunia seakan berperang untuk kekal kurus dan langsing, mungkin terdapat juga golongan yang risaukan berat badan mereka yang terlampau kurus, macam Zyra jugak, sampai jatuh kategori underweight huhu. Menambahkan berat badan boleh menjadi suatu perkara yang sangat mencabar bagi mereka yang sangat kurus. Masalah utama lazimnya adalah mereka tidak tahu cara yang betul bagi penambahan berat badan. Untuk menambahkan berat badan secara sihat, penting bagi kita untuk memahami asas-asas body mass index (BMI). Tinggi dan berat kita ditentukan oleh genetik, kesihatan umum, makanan dan aktiviti pilihan yang dilakukan, dan sudah tentu juga ditentukan oleh metabolisma kita yang unik. Kebanyakan orang kurus mempunyai kadar metabolisma yang tinggi, dan tubuh mereka akan membakar kalori lebih daripada apa yang mereka makan (hmm, betul tu, sama macam kes Zyra).

Berikut merupakan 7 langkah mudah untuk menambahkan berat badan secara sihat:

Tambahkan karbohidrat dalam pengambilan makanan

7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat

Saranan ini mungkin agak keterlaluan, kerana ramai yang beranggapan bahawa kita perlu mengelakkan karbohidrat supaya kekal sihat. Jika anda hanya mengambil karbohidrat daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan dalam sedikit kandungan gula, maka bukan suatu perkara yang pelik jika berat anda tidak bertambah. Anda perlu menambahkan makanan yang lebih kaya dengan karbohidrat untuk hasil yang lebih baik, seperti ubi manis, nasi, roti dan oat. Karbohidrat diperlukan terutamanya jika anda melakukan senaman berat bagi menambahkan berat badan, kerana tubuh anda memerlukan bekalan tenaga yang cepat.

Makan lebih protein 

7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara SihatKekurangan protein dalam pengambilan makanan boleh menjadi salah satu sebab mengapa berat anda tidak bertambah, walaupun anda mengambil lebih banyak kalori. Protein juga sangat penting jika anda kerap bersenam untuk menambahkan berat secara sihat. Pengambilan protein selepas bersenam akan membantu tubuh menyerap protein dengan lebih baik untuk membaikpulih otot, yang seterusnya akan membantu meningkatkan berat tubuh secara keseluruhan. Sumber protein yang boleh anda cuba adalah seperti kacang soya rebus, tuna, ayam, kekacang dan lain-lain.

Bukan semua lemak itu tidak bagus

7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat

Lemak dalam kuantiti tertentu adalah diperlukan untuk tubuh supaya dapat mencernakan vitamin-vitamin, untuk mengekalkan fungsi otak, dan juga untuk membekalkan ‘kusyen’ kepada beberapa organ dalaman yang penting. Sumber-sumber lemak adalah penuh dengan kalori, dan ia membekalkan tenaga yang banyak. Walau bagaimanapun, anda harus berwaspada tentang apa yang anda pilih untuk dimakan sebagai lemak. Anda perlu menimbang untuk mengambil sumber lemak yang berkualiti seperti buahan kering, mentega kacang, buah avokado, biji bunga matahari, minyak zaitun, lemak daging dan keju. Lemak akan terbentuk jika anda tidak bersenam. Cuba untuk menambahkan lemak dengan cara yang betul supaya nilai pengambilan kalori adalah tinggi tetapi anda tidak perlu rasa terlalu kenyang

Lakukan senaman yang betul

7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat

Bagi memaksimumkan pertambahan berat badan dan untuk meningkatkan saiz otot, anda perlu memilih senaman yang sesuai. Anda perlu fokuskan lebih kepada sesi latihan berat badan. Lakukan senaman free-weight yang dapat memberi tekanan kepada otot dan mensasarkan kempulan otot yang besar. Beri tumpuan kepada senaman yang dapat melibatkan otot yang paling banyak. Antara senaman yang bagus untuk membina otot adalah seperti dead lifts, bar-bell rows, bar dips, bench presses dan pull-ups. Senaman-senaman ini turut dapat membantu membakar kalori yang banyak. Jadi, untuk menambahkan berat badan, elakkan dari berlari jarak jauh. Jika anda mahu berlari, lakukan pecutan atau berlari ke atas bukit.

Gunakan teknik dan tempoh yang betul

7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat

Untuk penambahan berat badan yang efektif, tempoh latihan yang disarankan adalah kurang daripada satu jam sehari. Dengan masa latihan yang sedikit, ia menjadi lebih mudah untuk anda fokus dan mengawasi perkembangan anda. Jangan sesekali bersenam menggunakan otot yang sama selama dua hari berturut-turut.

Dapatkan tidur yang mencukupi

7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat

Tidur yang mencukupi adalah faktor lain yang membantu penambahan berat badan secara sihat. Tubuh anda memerlukan tidur yang mencukupi setelah bersenam dengan baik. Semasa tidur, sel-sel otot anda yang terkoyak dan rosak akan dibaiki dengan sendiri, dan tubuh anda akan menyediakan diri untuk latihan pada keesokkan harinya. Lagi pula, hormon pertumbuhan akan dibebaskan ketika kita tidur. Hormon-hormon ini sebenarnya membantu dalam menggalakkan pertumbuhan otot. Jika anda mengalami masalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, boleh rujuk tips ini 😉

Ambil makanan tambahan

7 Langkah Mudah Untuk Menambahkan Berat Badan Secara Sihat

Makanan tambahan untuk penambahan berat badan merupakan teman rapat anda jika anda ingin menambah berat dengan pantas. Ia akan membekalkan anda dengan kalori dan protein dan membantu meningkatkan pembinaan otot, yang kemudiannya akan mendorong ke arah berat badan yang diidamkan. Ambil supplement protein dalam bentuk minuman berprotein. Pilihlah makanan tambahan yang berasaskan bahan semulajadi dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan 🙂

Penting untuk diingatkan bahawa proses penambahan berat badan ini patut dilakukan secara terkawal dan sihat jika anda ingin melihat hasil yang terbaik. Jangan sampai terlebih berat pulak nanti :p

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments