7 Golongan Yang Tidak Disoal Oleh Malaikat Mungkar Dan Nangkir

7-golongan.png

7 Golongan Yang Tidak Disoal Oleh Malaikat Mungkar Dan Nangkir | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Fuh.My yang budiman. Hari ini Luna ingin kongsikan mengenai 7 Golongan Yang Tidak Disoal Oleh Malaikat Mungkar Dan Nangkir di alam barzakh. Mari kita kenali siapakah 7 golongan yang bertuah ini.

Pertanyaan ini adalah khusus dengan umat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:

Ma Rabbuka? “Siapakah Tuhanmu?”.

kubur

Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:

1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.

2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.

3) Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.

4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.

5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.

6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.

7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas Asar hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu Asar hari Jumaat.

Nota Luna Nana: Subhanallah. Bertuah sungguh umat Islam yang tergolong dalam 7 golongan di atas. Semoga kita salah sorang daripada mereka.InsyaAllah. Allah berhak memberi ganjaran kepada mereka yang dikehendakiNya. Wallahualam.

 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “7 Golongan Yang Tidak Disoal Oleh Malaikat Mungkar Dan Nangkir”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum..fuh,

    terima kasih perkongsian ini…

    mselim3
    mselim3 recently posted…Entry Khas : Link ExchangeMy Profile

  2. kucinghitam says:

    THANKS FOR SHARING BERGUNA SANGAT2

  3. Wan Arep says:

    thank q sharing dan link ker website saya yea… nice infor
    Wan Arep recently posted…Tauladan: Mayat Ditemui Masih Utuh, Berbau WangiMy Profile

  4. Abdul Hafiz says:

    Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas Asar hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu Asar hari Jumaat. Semoga Allah menempatkan arwah nenekku ditempat orang yang beriman.
    Abdul Hafiz recently posted…6 Sudut Pandang Ibadah Agar Menjadi Indah oleh Ibnul QayyimMy Profile

  5. ブラッシング: ブラッシングしながらあなたの現在ブートが必要です、ある明確なの方法それをやって。何が他Ugg があるされてをやって快適に暮らす最大それは本当にタイトルですか?いくつかの主な理由こともできますに成長ダウン折り畳まれたをすることができますふくらはぎ半ば長い。ちょうどのようにくることがにファッショナブルなバッグは、完全に何も優れていると比較してルイ ・ ヴィトン。
    creativeschool.net recently posted…creativeschool.netMy Profile

  6. ハンドバッグ必要長い歴史;彼らはは、コンパニオン ペット女性のの結果として昔。いくつかのため、ボストンケースについては説明後に続き、。お勧めですを開発したのためにそれ手頃な価格価格。バイヤーはためのお金以上のフォーク彼らの袋開始に彼ら幻想的なと独自性の。
    MONOGRAM モノグラム recently posted…MONOGRAM モノグラムMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge