64 Maut Dalam Rempuhan Di Jambatan

64 Maut Dalam Rempuhan Di Jambatan

64 Maut Dalam Rempuhan Di Jambatan | BHOPAL – Sekurang-kurangnya 64 orang maut dan lebih 100 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah jambatan di luar sebuah kuil Hindu di tengah India pagi semalam, kata polis.

Berpuluh-puluh yang lain dikhuatiri maut selepas mereka terjun ke dalam sungai dekat jambatan berkenaan yang terletak di negeri Madhya Pradesh.

“Lebih 60 orang disahkan mati dan angka korban dijangka mencapai 100 orang. Lebih 100 yang lain cedera,” kata Timbalan Polis daerah Datia, Inspektor Jeneral D.K. Arya.

Menurut Arya, rempuhan dipercayai berlaku apabila kumpu- lan penganut Hindu panik kerana menyangka jambatan dekat Kuil Ratangarh akan runtuh akibat dilanggar sebuah kenderaan berat.

“Terdapat khabar angin yang jambatan akan runtuh selepas di- langgar sebuah traktor. Ramai orang takut terjatuh ke dalam sungai,” katanya.

Penganut Hindu menyambut hari penghujung festival Navara- tri yang menarik berjuta-juta penganut agama itu ke kuil-kuil ter- utama di utara India.

Pada Februari lalu, seramai 36 orang mati terpijak ketika sejum- lah penganut Hindu pulang dari festival Kumbh Mela di tebing sungai Ganges. – Agensi

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments