DiGi Bagi 60 Vespa Dalam Tempoh 60 Hari??

DiGi Bagi 60 Vespa Dalam Tempoh 60 Hari??

DiGi Bagi 60 Vespa Dalam Tempoh 60 Hari?? | MENDEKATI dan menghargai pelanggan adalah antara objektif yang menjadi sasaran DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi).

Bagi merealisasikan objektif itu, pengguna perkhidmatan internet mudah alih prabayar DiGi kini berpeluang memenangi sebuah Vespa LX150 bernilai RM8,800 setiap hari melalui peraduan 60 buah Vespa dalam tempoh 60 hari bermula 2 September hingga 31 Oktober ini.

Sepanjang tempoh dua bulan itu, pelanggan yang mendaftar pakej internet mudah alih prabayar secara mingguan atau bulanan dapat menyertai pertandingan itu secara automatik.

“Pertandingan terbaharu ini merupakan salah satu usaha DiGi untuk mendekati dan menghargai pelanggan, di samping meningkatkan jumlah pengguna internet di Malaysia sejajar dengan moto kami Internet untuk semua,” kata Ketua Perkhidmatan Internet Mudah Alih dan Data Maju DiGi, R. Praveen.

Turut hadir ialah Ketua Komunikasi dan Pemasaran DiGi, Amelia Lee.

60 Vespa Dalam Tempoh 60 Hari??

Bercerita lanjut mengenai pertandingan itu, Praveen berkata, ia juga terbuka kepada pengguna pelan prabayar DiGi.

“Pelanggan hanya perlu mendail *116# untuk melanggan pelan internet mudah alih DiGi. Mereka boleh memilih pakej mingguan iaitu RM7 bagi 100 megabait yang menawarkan satu penyertaan secara automatik ke dalam sistem sehingga ke pakej bulanan bernilai RM68 bagi lima gigabait yang melayakkan mereka mendapat tujuh penyertaan.

“Lebih tinggi nilai pelan internet mudah alih yang dilanggan, lebih banyak peluang untuk menang,” jelasnya.

Menurut beliau, pelanggan yang terpilih setiap hari akan dihubungi oleh pihak DiGi untuk menjawab beberapa soalan mudah sebelum berpeluang membawa pulang hadiah Vespa yang disediakan.

Tambah Praveen, upacara penyerahan hadiah kepada semua pemenang dijangka diadakan pada 9 November ini, nanti sebaik sahaja pertandingan itu berakhir.

“Semua keputusan kemenangan akan diumumkan melalui laman web rasmi, laman sosial Facebook dan Twitter DiGi,” ujarnya.

Pengguna yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh layari www.digi.my/vespa.

Sumber

The following two tabs change content below.

Comments

comments