60 Myvi Edisi Terhad Khas Untuk Wanita Dikeluarkan

myvi-edisi-terhad-wanita.jpg

60 Myvi Edisi Terhad Khas Untuk Wanita Dikeluarkan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Baru-baru ni Proton telah keluarkan satu lagi model Super Value iaitu PROTON Persona SV. Tapi kalini nampaknya Perodua mengambil langkah bijak untuk menarik pembeli dari golongan wanita apabila mengeluarkan 60 biji model Myvi edisi terhad khas untuk wanita. Baca berita penuh untuk maklumat lanjut.

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan model Myvi 1.5 liter edisi terhad sebagai sebahagian daripada kempen Female Empowerment Movement (FEM).

Model Myvi FEM itu hanya dikeluarkan sebanyak 60 unit bermula bulan ini di mana keluaran terhad 20 unit sebulan.

Harga Myvi Edisi Terhad yang ditawarkan masih dikekalkan RM56, 027 walaupun ciri-ciri tambahan bernilai RM4,000 diletakkan pada model kompak tersebut.

Apa yang membezakan model FEM ini adalah tempat duduk kemasan kulit, stereng dan pelapik kaki dengan logo F.E.M, sistem multimedia dengan navigasi dan kamera belakang, serta bekas serba guna eksklusif.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model edisi terhad yang direka untuk wanita moden itu dicipta khusus kepada ahli wanita FEM yang mendaftar.

“Berdasarkan kepada siapa cepat, untuk layak membeli, pemohon mestilah seorang wanita dan berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan juga memiliki sebuah kereta Perodua atau sekurangkurangnya pernah memandunya.

“Dan juga mereka perlu mendaftar diri di laman web www.peroduafem.com.my,” katanya.

Bagi yang mendaftar, pihak Perodua akan menawarkan hadiah misteri hari lahir, peluang menyertai bengkel khas serta dijemput untuk menghadiri pelancaran model baharu Perodua pada masa akan datang.

Perodua menyasarkan keahlian 10,000 wanita pada akhir 2014. – Sinar Harian

Dr Fuh – Ni kalau dapat sambutan mungkin Perodua akan keluarkan lagi keluaran khas untuk wanita. Atau lain-lain model edisi khas!

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge