6 Mitos Tentang Jerawat Yang Perlu Diketahui

images-12.jpg

6 Mitos Tentang Jerawat Yang Perlu Diketahui | Sememangnya, jerawat antara masalah merunsingkan remaja. Selalunya, jerawat mula muncul pada awal atau pertengahan baligh iaitu seawal umur 10 tahun ketika hormon seksual mula meledak. Ia menyerang tanpa mengira jantina. Cuaca panas kadangkala memburukkan keadaan kerana ia menyebabkan kulit lebih berminyak.

6 Mitos Tentang Jerawat Yang Perlu Diketahui

1. Jerawat disebabkan kulit kotor atau tidak dicuci bersih. Jerawat tidak terjadi akibat kulit kotor. Sebaliknya, ia disebabkan penghasilan berlebihan kelenjar minyak dan pengumpulan sel kulit mati, sebum (minyak) serta bakteria yang menyebabkan keradangan di dalam poripori kulit.

2. Kekerapan mencuci muka kurangkan potensi kemunculan jerawat.
Walaupun mencuci muka dapat menghilangkan kotoran dan minyak dari kulit, kekerapan mencuci akan menjadikan radang dan kulit kering. Fenomena ini juga boleh mencetuskan jerawat. Penggunaan scrub (lulur) akan memburukkan lagi keadaan kerana kulit berpotensi mudah radang dan tercedera. Anda seharusnya menggunakan pencuci sederhana (mild) melalui pergerakan berpusing secara lembut, dua kali sehari dan lap lembut menggunakan tuala bersih. Jika kulit muka terasa tegang dan kering selepas dicuci, ia menandakan pencuci muka itu terlalu kuat dan tidak sesuai.

3. Memicit jerawat akan cepat menghilangkannya.
Memicit jerawat menyebabkan jerawat kurang kelihatan untuk sementara waktu. Namun, proses ini menyebabkan pertumbuhan bakteria, sel kulit mati dan sebum tertolak lebih mendalam ke dalam kulit dan menyebabkan kawasan berkenaan bengkak dan merah. Ia akan melambatkan proses penyembuhan jerawat dan boleh meninggalkan tanda merah atau coklat serta parut pada kulit. Tanda berwarna ini akan kekal selama beberapa bulan sementara parut pula akan kekal selama-lamanya.

4. Jangan memakai bahan solekan jika mahu kulit mulus.
Jika menggunakan bahan solekan yang tidak komedogenik, bersolek tidak akan menyebabkan jerawat. Berhati- hatilah apabila memilih bahan kosmetik dengan membaca terlebih dulu label pada bahan kosmetik.

5. Memakan coklat atau kacang dan tekanan mencetuskan jerawat.
Punca utama jerawat bukan berpunca daripada makanan. Bagaimanapun, ada makanan tertentu mungkin memburukkan lagi jerawat. Jika berlaku hal sedemikian, kurangkan pengambilan makanan berkenaan. Tekanan tidak mencetuskan jerawat namun boleh meningkatkan pengeluaran sebum, seterusnya memburukkan lagi keadaan jerawat sedia ada.

6. Jerawat adalah sebahagian daripada resdung, oleh itu elakkan makanan penyebab `gatal’ seperti belacan dan sebagainya. Ini tidak benar kerana resdung diistilahkan sebagai sejenis penyakit alahan. Jerawat bukan berpunca daripada alahan…

Kepentingan merawat jerawat dengan betul tidak boleh dipandang rendah kerana kelewatan merawat atau kesilapan pengambilan ubat boleh menyebabkan parut berkekalan, seterusnya mengganggu emosi dan penampilan diri remaja yang sememangnya sangat sensitif dengan penampilan luaran.

SUMBER

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “6 Mitos Tentang Jerawat Yang Perlu Diketahui”

    1. Perkongsian berguna bukan sahaja untuk mereka yg berjerawat.. 😀
      Aniqbukhary32 recently posted…Nuffnang: Apakah View & Unique VisitorMy Profile

  1. Yan Ty says:

    ikut hormon juga , bukan sebelum dan semasa bendera jepun berkibar sahaja , ada yang habis tempoh tu pun baru muncul musuh ketat ni.
    Yan Ty recently posted…Berjalanlah Tanpa HentiMy Profile

    1. Nasib baik saya xde jerawat.. Huhu 😀
      Aniqbukhary32 recently posted…Photoshoot bersama si kecik (9 gambar)My Profile

  2. Munirah Nick says:

    setuju ngan Yan Ty kat atas ni.. jerawat kadang muncul beberapa hari sebelum jepun angkat bendera… kadang ada jugak yang timbul selepas cycle tu… ^_^v hormon badan sorang-sorang kan..

  3. sayidah says:

    yang paling selalu dgr pasal jerawat ni ..yang makang kacang tu la.hehe
    sayidah recently posted…RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT.My Profile

  4. zaza says:

    no 3 tu mmg buat..haha..skg kalau makan udang cepat je timbul..huhu

  5. vcore says:

    no5 betul

  6. Mr Anonymous says:

    saya dah tanya doktor about coklat and effect dia pada jerawat, memang, kalau kita baca apa2 pun artikel memang orang akan cakap itu mitos, tapi setelah difahamkan oleh doktor dan juga menyelidik di internet,COKLAT memang salah satu PUNCA jerawat, tetapi hanya pada sesetengah orang, maybe itu yang membuatkan saintis atau sesiapa yang buat kesimpulan makan coklat tak menimbulkan jerawat, kerana mereka membuat kajian pada orang yang tidak mempunyai kesan atas pemakanan coklat, kerana ada sesetengah orang sememangnya mempunyai kesan ke atas jerawat mereka kerana coklat.

  7. vcore says:

    nice info.tq for sharing

  8. lieya says:

    mcm mne nk ilg kn jrwt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge