50 Nama Dilarang Digunakan Di Arab Saudi

50 Nama Dilarang Digunakan Di Arab Saudi. Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan 50 nama kerana bercanggah dengan agama dan budaya

50 Nama Dilarang Digunakan Di Arab Saudi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Zaman serba moden ketika ini kita dapat dengar bermacam-macam nama yang diberikan kepada anak-anak. Kadang-kadang nama macam mat salleh pon ada. Di Arab Saudi, baru-baru ini telah diumumkan 50 nama dilarang digunakan kerana sebab-sebab tertentu.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan 50 nama kerana bercanggah dengan agama dan budaya negara itu.

Jurucakap kementerian berkata, nama Barat seperti Sandy, Linda dan Elaine diharamkan termasuk Malika yang bermaksud permaisuri dan Amir bermaksud putera.
“Nama menghina tuhan seperti Malaak yang bermaksud malaikat, nama Nabi atau Jibril juga diharamkan,” katanya.

Menurutnya, nama seperti Abdul Nabi dan Abdul Hussain termasuk dalam senarai pengharaman kerana mirip kepada gelaran dalam puak Syiah dan boleh disalah tafsir.
“Nama pemimpin Revolusi Mesir 1952, Gamal Abdel Nasser turut tersenarai diharamkan,’ katanya, dipetik dari laporan Gulf News.

Bagaimanapun, Mesir memandang sinis pengharaman nama itu kerana berpendapat Raja Farouk yang digulingkan ketika revolusi itu mempunyai kaitan dengan Saudi.

Berikut adalah nama diharamkan: Abdul Aati, Abdul Musleh, Nabiyya (nabi wanita), Sumuw (yang mulia), Al Mamlaka (negara), Tabarak (diberkati) Nardeen, Maya, Randa, Basmala (dengan nama ALLAH), Taline, Aram, Nareej, Rital, Alice, Rama (Tuhan Hindu), Maline, Inar, Maliktina, Lareen, Kibrial, Lauren, Benjamin, Naris, Yara, Sitav, Loland, Tilaj, Barrah, Abdul Nabi, Abdul Rasool, Abdul Mu’een, Abrar, Iman, Bayan, Baseel dan Wireelam. – Sumber

Dr Fuh – Jadi kepada ibu bapa moden, lepas ni sebelum nak namakan anak, rujuklah dulu dari ustaz-ustaz atau para ulamak supaya nanti tak tersalah letak nama anak yang membawa maksud yang bukan-bukan.

Ps – Rujuk juga Nama-nama yang dilarang dalam Islam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments