5 Terselamat Setelah Menulis Mesej ‘SOS’ Bersaiz Gergasi Diatas Pasir

5 Terselamat Setelah Menulis Mesej 'SOS' Diatas Pasir

5 Terselamat Setelah Menulis Mesej ‘SOS’ Bersaiz Gergasi Diatas Pasir  | Mesej ‘SOS’ merupakan satu mesej meminta pertolongan yang merupakan akronim kepada ‘Save Our Soul‘ (Tolong Selamatkan Kami). Ternyata mesej ringkas ini telah terbukti berkesan apabila 5 orang yang terkandas dalam sebuah pulau kecil telah berjaya diselamatkan hasil daripada mesej SOS tulisan mereka.

Lima orang tersebut telah terkandas di sebuah pulau berbatu berhampiran persisir pantai Queensland, Australia selama sembilan jam sebelum diselamatkan oleh sebuah helikopter penyelamat.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan, menulis  mesej ‘SOS’ bersaiz besar pada persisir pantai yang berdekatan dengan mereka setelah sauh bot yang mereka naiki patah, lalu menyebabkan mereka terkandas di pulau tersebut.

5 Terselamat Setelah Menulis Mesej 'SOS' Diatas Pasir

Salah seorang mangsa yang diselamatkan, yang merupakan seorang penduduk Pulau Kewick, Lyn Forbes-Smith, memberitahu mereka telah beranggapan bahawa mereka perlu bermalam terdampar di pulau, tetapi yakin bahawa rakan-rakan mereka di rumah akan membuat laporan sekiranya mereka tidak kembali pada masa yang telah ditetapkan.

“Nasib baik kami memakai kasut yang dikhaskan untuk berjalan di atas permukaan kasar, tetapi kami tidak mempunyai makanan, minuman, krim, dan topi” tambahnya lagi. “Kami mencari tanah yang paling tinggi, dan mencari batuan yang dapat melindungi kami semua dari tiupan angin. Kami sentiasa bersama dan tidak ingin berpisah.”

Polis Air Queensland telah diberi amaran mengenai kemungkinan adanya kecemasan apabila mereka menyedari terdapat sebuah bot sepanjang enam meter ditinggalkan terapung di antara Brampton dan kepulauan Cockermouth pada petang Isnin.

Setelah gagal menemui penumpang bot tersebut, mereka telah menghubungi helikopter penyelamat RACQ-CQ bagi membantu mencari mangsa. Lebih dari tiga jam kemudian, penyelamat telah ternampak mesej ‘SOS’ berhampiran Pulau Wigton, tempat asal di mana penumpang bot tersebut menurunkan sauh sebelum mereka pergi menerokai pulau. Malangnya, sauhnya telah patah dan membuatkan mereka terdampar di pulau itu.

5 Terselamat Setelah Menulis Mesej 'SOS' Diatas Pasir

Kelima-lima orang tersebut dijumpai setelah mesej mereka dibaca dan diselamatkan dari pulau tersebut dengan menggunakan helikopter dan dibawa ke pangkalan RACQ-CQ di bandar Queensland, Mackay. Kumpulan itu telah meninggalkan Pulau Keswick pada pukul 8 pagi untuk pergi melakukan ekspedisi menyelam sebelum menurunkan sauh bot mereka di pantai berhampiran dasar yang berbatu.

Setelah selesai menerokai pulau berbatu itu, kumpulan tersebut menyedari bahawa bot mereka telah hanyut di permukaan air laut yang sedang pasang dan menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan kembali bot tersebut. Disebabkan telefon bimbit dan krim pelindung cahaya matahari mereka ditinggalkan di dalam bot, mereka hanya boleh mampu menuggu diselamatkan.

5 Terselamat Setelah Menulis Mesej 'SOS' Diatas Pasir

Bot tidak digunakan ketika menyelamat disebabkan pulau itu tidak boleh diakses kerana air yang terlalu cetek pada masa menyelamat.

Selain daripada sedikit selaran matahari, para penumpang bot tersebut telah disahkan selamat dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik setelah diselamatkan walaupun telah melalui pengalaman pahit yang panjang.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments