5 Teknologi Yang Patut Wujud

5 teknologi patut wujud, robot berbayar, paying robots

5 Teknologi Yang Patut Wujud | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Wah, lama sungguh tidak mencoret ilmu di sini. Harapan Teacher Muja supaya masih ada yang mengingati diri ini. Masih adakah? Alhamdulillah, kedengaran juga yang mengatakan ‘ya’. Kah3

Orang kata, kehidupan moden semakin hari semakin membangun dan teknologi menjadi sangat penting. Namun begitu, jika kita tengok dengan lebih mendalam, terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan teknologi, yang masih tidak dilakukan. Seratus tahun dari sekarang, tiada siapa lagi yang akan berfikir tentang menerbangkan kapal terbang dan menunggu streaming videos di internet. Ia hanya mengambil beberapa minit yang penuh dengan usaha dan keazaman untuk mencapai target yang ditetapkan.

5 teknologi yang patut wujud disenaraikan di bawah. Teacher Muja yakin yang tiada siapa yang akan tidak bersetuju dengannya!

1. Pengeditan DNA

5 teknologi yang patut wujud, dna editing, pengeditan dna

Ramai pengkaji dan saintis membuat kajian tentang pengeditan DNA tetapi semua daripada mereka telah gagal. Pengeditan DNA boleh menjadi sangat berguna dalam banyak cara. Mengubah DNA boleh mengubah seorang manusia secara keseluruhan dan jika berjaya, ia akan menjadi penemuan terhebat abad ini. Namun begitu, sebagai orang Islam, kita mempunyai banyak peraturan dan mengubah DNA sehingga mengubah ciptaan ALLAH amat ditegah.

2. Robot Berbayar

5 teknologi patut wujud, robot berbayar, paying robots

Sekarang, telefon pintar sangat penting. Namun begitu, ia pasti akan lebih hebat apabila kita mempunyai robot sendiri untuk melakukan setiap pekerjaan. Ianya termasuklah memandu, memasak, membersih dan etc. Banyak robot sudah dicipta oleh saintis tetapi masih tiada yang berjaya membuatkan robot berfikir seperti manusia. Terbuktilah, sehebat mana pun manusia, tidak akan terlawan kehebatan ALLAH SWT. Kalaulah robot sebegini wujud, makin ramailah manusia yang obesiti dan berpenyakit kencing manis. Hehe.

3. Mesin Mimpi

dreaming machines, mesin mimpi, 5 teknologi yang patut wujud

Sudahkan kamu semua menonton filem ‘Inception’? Sudah bukan? Kalau belum, sila tonton sebab ia sangat menarik! Sudah tahu apa yang Teacher Muja ingin sampaikan? Itulah yang ingin Teacher Muja katakan! Bermimpi untuk keluar daripada dunia nyata hanya untuk beberapa minit untuk bermimpi sedang bersuka ria melakukan hampir semua benda tanpa risaukan risiko mati. Pastinya ia akan menjadi sebuah mesin mimpi yang sangat menyeronokkan!

4. Penyembuh Penyakit Aids dan Kanser Pada Setiap Peringkat

5 teknologi yang patut wujud, penyembuh kanser, penyembuh aids, penyembuh kanser

Aids dan Kanser telah mengambil berbilion nyawa dan sehingga sekarang, tiada ubat atau penyembuh telah berjaya dicipta. Jika tiada perkara di dunia ini adalah mustahil, Teacher Muja juga pasti yang di satu sudut dunia yang sangat tersembunyi, terdapat penyembuh kepada penyakit ini yang masih belum kita temui. Bukankah sudah dikatakan setiap penyakit ada ubatnya? Mungkin belum rezeki kita untuk menjumpainya.

5. Cloud Computing

cloud computing, teknologi yang patut wujud

Masa depan sudah ada di sini maka cloud computing sepatutnya ada di sini juga. Apa itu cloud computing? Kita akan hanya memerlukan RAM dan prosessor dalam CPU dan kita boleh mengakses data daripada cloud storage dan menggunakan fail daripada mana-mana tempat tanpa memerlukan cakera padat. Sudah nampak kelebihannya? Maksudnya, kita tidak memerlukan komputer peribadi lagi untuk semua fail. Akses sahaja di mana-mana pada bila bila masa daripada komputer yang kita suka!

Itulah 5 teknologi yang patut wujud dan pastinya akan banyak membantu umat manusia jika berjaya diwujudkan. Namun begitu, kita harus sentiasa akur yang kita sebagai manusia mempunyai had dalam melakukan sesuatu. Janganlah kita terlalu obses dengan teknologi sehinggakan kita melupakan norma-norma yang seharusnya kita pertahankan sebagai manusia. Perikemanusiaan menjadi taruhan dalam perkembangan teknologi zaman sekarang dan kita harus sedar yang teknologi bukanlah selamanya baik. Ada kalanya teknologilah yang mengubah manusia menjadi bukan manusia.

‘Wassalaam.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments