5 Perkataan Inggeris Yang Selalu Dieja Dengan Salah

wiggly-Chat-Wordle-for-Blog.jpg

5 Perkataan Inggeris Yang Selalu Dieja Dengan Salah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dalam mencari idea untuk menulis artikel baru untuk dikongsikan di sini, Teacher Muja terjumpa satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi dengan pembaca semua. Sangat sesuai dengan profesion Teacher Muja sebagai seorang bakal guru Bahasa Inggeris. Eceyh.

Kadang kala, perkara paling mudah bagi kita untuk melakukannya dengan betul adalah perkara paling mudah untuk kita lakukan dengan cara yang salah. Kadangkala, ia hanya disebabkan oleh hilang sedikit tumpuan atau perkara itu sudah lama dipraktikkan sejak kecil. Kajian yang dilakukan mendapati tidak mempelajari sesuatu adalah lebih menyusahkan daripada mempelajarinya.

Di bawah adalah senarai 5 perkataan Inggeris yang selalu dieja dengan salah. Bukan sekali, malah berulang-ulang kali. Mungkin susah betul kita ingin mengingati ejaan 5 perkataan ini. Walaupun perkataan di bawah sepatutnya senang, jom kita tengok semula cara ejaan yang betul.

1. Business

Cara ejaan yang paling selalu digunakan adalah BUSSINESS. Mungkin kita selalu keliru dengan penggunaan dua ‘S’ di hujungnya atau sebab memang banyak perkataan Bahasa Inggeris yang menggunakan dua ‘S’. Itu yang selalu buat kita keliru. Tambah-tambah kita yang selalu cakap Bahasa Melayu ni.

2. Guarantee

Cara ejaan yang paling selalu digunakan adalah GARANTEE. Mungkin disebabkan tiada ‘U’ dibunyikan dalam menyebut Guarantee. Mesti bukan kita sahaja yang selalu salah mengeja perkataan ini, orang puteh pun mesti keliru jugak.

3. Antarctica

Ejaan ini sudah selalu memberi masalah bagi peserta Pertandingan Spelling Bee selama bertahun-tahun. Kanak-kanak selalu lupa yang terdapat perkataan ‘arctic’ pada perkataan Antarctica. Kalau Teacher Muja tak check betul-betul, mungkin akan kueja dengan ejaan ‘Antartica’. Korang rasa macam mana?

4. Acquire

Ianya mengenai huruf ‘C’. Kenapa perlu ada ‘acquaintance’ dan ‘acknowledge’ dan semua perkataan yang ada bunyi ‘ack-‘? Macam mana nak ingat? Kan senang kalau eja ‘Acquire’ dengan ejaan ‘Ekuwaye’. Keh3

5. Before

Teacher Muja setuju yang kita boleh salahkan SMS sebagai penyebab kenapa ‘before’ selalu disalah eja. Yelah, dah selalu sangat kita tulis ‘b4’ semasa SMS. Selalu nak ringkaskan perkataan tanpa sebab. Mestilah tertulis macam tu juga atas kertas.

Nampak senang je kan, tetapi 5 perkataan Inggeris yang selalu dieja dengan salah inilah yang biasanya menjadi barah dalam penulisan kita dalam Bahasa Inggeris. Berhati-hati dalam menulis, terutama masa jawab soalan peperiksaan. Kesalahan ejaan adalah kesalahan yang dianggap besar.

Setakat inilah dulu. Penat sudah. Tunggu untuk artikel lain yang lebih menarik di masa akan datang. Insya ALLAH. Wassalaam.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “5 Perkataan Inggeris Yang Selalu Dieja Dengan Salah”

  1. Betul2.. Business tu yg saya salu salah eja tukar kepada bussines.. Siap letak dekat header blog lg dlu “I am bussinesman”.. Siapa yg ikut pekembangan blog saya dulu, mst sakit mata.. Hahaha 😀
    Aniqbukhary32 recently posted…Seakan tak percaya terlihat kelibat Mona Fendi di DamansaraMy Profile

    1. muja says:

      manusia,, ada benda yang terbiasa begitu,, huhuu
      muja recently posted…Mujadafewa: Lirik Nasyid Macam Cantik Jer Macam Comel Jer oleh AMARMy Profile

  2. ただし、粗は場合、大まかなまた、少し感じているネバ ネバしたのタッチを持っているのど。女性を運ぶことを好むいくつかの並べ替えのクラッチ夜の時間パーティー。
    http://www.mi-sangjo.co.kr recently posted…http://www.mi-sangjo.co.krMy Profile

  3. Hey! This post couldn’t be written any better! Reading through this post reminds
    me of my previous room mate! He always kept talking about this.
    I will forward this write-up to him. Pretty sure
    he will have a good read. Many thanks for sharing!
    cheap jordan shoes recently posted…cheap jordan shoesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge