5 Makanan Yang Boleh Membuatkan Anda Rasa Letih

makanan-penyebab-letih.jpg

5 Makanan Yang Boleh Membuatkan Anda Rasa Letih | Dengan kehidupan seharian yang sibuk dan hari yang panjang, anda akan berasa sangat letih di penghujung hari. Kadang-kadang ia berpunca daripada makanan yang anda makan. Jika anda sering kelihatan letih walaupun sudah 4 inci solekan di muka, kemungkinan besar ia berpunca daripada makanan anda. Ayuh semak senarai di bawah iaitu makanan yang membuatkan anda nampak letih.

Garam 

Walaupun garam merupakan makanan wajib setiap hari, tetapi kandungan garam yang berlebihan boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kering dan membuatkan seri muka anda agak tenggelam. Pilih alternatif natrium lain atau kurangkan pengambilan garam ialah jalan penyelesaiannya.

Pemanis tiruan

Gula biasa boleh menggalakkan keradangan tetapi pemanis tiruan boleh menjadi lebih teruk jika tidak di kawal. Jika tidak, ia akan membuatkan wajah anda seakan membengkak. Pemanis tiruan mengandungi aspartame yang boleh mengakibatkan sakit sendi dan boleh membuatkan anda ketagih dengan gula atau minuman/makanan manis. Seelokknya, pilih gula semula jadi daripada buah-buahan atau sayur-sayuran.

Alkohol

Tiada yang lebih teruk daripada segelas alkohol ketika makan malam. Alkohol membuatkan anda dihidrasi lebih cepat dari garam. Apatah lagi kita yang beragama Islam, minuman berakohol adalah HARAM!!

Makanan bergoreng

Makanan bergoreng adalah musuh ketat anda! Makanan yang bergoreng penuh dengan minyak dan lemak yang bermakna ia akan membuatkan arteri kulit anda tersumbat dan mengeraskan sel-sel darah sekitar wajah. Hasilnya, kulit anda kelihatan kusam dan letih.

Makanan pedas

Makanan pedas memang baik untuk metabolisma, tetapi tidak sesuai untuk kulit muka. Makanan pedas membolehkan kulit anda menjadi gatal-gatal dan kulit anda akan menjadi tidak sekata dan nampak sedikit lebih tua dari usia.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “5 Makanan Yang Boleh Membuatkan Anda Rasa Letih”

  1. kucinghitam says:

    semua tue makan feveret kot hiya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge