5 Kereta Vintage Paling Mahal

Ferrari-250-GTO-1962-Red.jpg

5 Kereta Vintage Paling Mahal | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja pernah dapat hadiah kereta Myvi daripada umi. Teacher Muja sangat gembira hari tu sebab susah sangat bila kita yang selalu berulang alik dari rumah ke tempat belajar tidak punya kereta. Baru dapat kereta Myvi pun Teacher Muja sudah sangat bersyukur. Tidak mewah tidak mengapa. Yang penting dapat digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Namun begitu, pernah juga Teacher Muja terfikir, kalaulah dapat kereta vintage dan mewah, macam mana perasaannya. Mungkin makin ramai yang tiba-tiba datang berkawan. Makin ramai yang nak jadi penumpang tetap kita tanpa dijemput. Doakanlah kita dapat merasa kalau betul mengidam. Tak salah. Hehe.

Jom kita tengok kereta-kereta mewah vintage yang sentiasa menarik perhatian peminat kereta-kereta mewah.

1. 1962 Ferrari 250 LM

Ferrari-250-GTO-1962-Red

Kereta Ferrari di atas ini hanya dihasilkan sebanyak 32 buah sahaja. Pada hari lelongan terakhirnya, harganya pernah mencapai $6.9 juta. Bagaimanalah baunya ya. Manalah tahu ada perfume khas untuk kereta ni yang boleh jadi mahal sangat. Kih3

2. 1965 Shelby Daytona Cobra Coupe

shelby-daytona-coupe-1965

Jika Ferrari di atas dikatakan sangat jarang ditemui, ia masih lagi banyak jika dibandingkan dengan Shelby Coupes pada tahun 1965 yang hanya 6 buah sahaja yang pernah memasuki pasaran. Setiap satunya bernilai $7.25 juta yang meletakkankannya sebagai salah sebuah kereta vintage paling mahal sepanjang zaman.

3. 1904 Rolls-Royce 10 HP

Royce1C, kereta vintage

Sebuah kecantikan kereta vintage yang sebenar, satu daripada 17 buah, kereta ini adalah Rolls-Royce yang tertua pernah diketahui. Ia bukan hanya menceritakan tentang sebuah karya seni malah juga tentang sejarah.

4. 1929 Mercedez-Benz 38/250 SSK

Mercedes-Benz

Kereta ini kereta yang dihasilkan paling banyak dalam senarai ini iaitu sebanyak 35 buah. Ia adalah kereta terakhir yang dihasilkan oleh Ferdinand Porsche untuk Mercedez-Benz sebelum beliau meninggalkan syarikat itu untuk membuka syarikatnya sendiri.

5. 1937 Bugatti Type 57SC Atalante

Bugatti-Type-57-SC-Gangloff-Atalante-Coupe_1

Kereta ini dihasilkan kurang daripada 12 buah dan tiada satu pun yang sama.

Kereta vintage, kereta tempatan, kereta import, kereta sorong, malah kereta kura-kura, kalau dapat digunakan dan membawa manfaat, kita haruslah bersyukur dengannya. Bukan semua manusia dilahirkan dan ditakdirkan untuk hidup dalam kemewahan dan sebaliknya. Kemewahan dan kemiskinan adalah ujian bagi kita sebagai manusia. Sentiasa ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Bagaimana pun rupa kereta yang kita ada, bersyukurlah dengannya. Ok? 🙂

Wassalaam.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

2 thoughts on “5 Kereta Vintage Paling Mahal”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum… nampak kereta biasa2 aje. Tapi mahal tak ingat.

    mselim3
    mselim3 recently posted…Doa Akhir Tahun dan Doa Akhir TahunMy Profile

  2. kucinghitam says:

    tak cantik pun kalau ada duit pun xnak beli hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge