5 Jenis Cacing Paling Bahaya Di Dunia

cacing-bahaya.jpg

5 Jenis Cacing Paling Bahaya Di Dunia | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh Ucapkan kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi. Tadi Dr FUh ada terbaca satu info dari sebuah blog. Info berkenaan 5 jenis cacing paling bahaya di dunia. Info ni sangat berguna untu dikongsi. Tapi ngeri sikit lah. Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.

1. HOOKWORM

  • Hookworm adalah cacing nematod parasit yang tinggal didalam usus kecil perumahnya yang terdiri dari mamalia seperti kucing, anjing dan manusia. Risiko paling ketara bagi jangkitan cacing ini ialah anemia dan kehilangan mineral besi serta protin didalam perut.
Cacing Hookworm
Kaki yang terkena larva Hookworm

2. ASCARIS

  • Ascaris adalah genus bagi cacing nematod parasit yang biasanya dikenali sebagai cacing bulat usus gergasi. Ia boleh menjangkiti manusia dan haiwan ternakan terutamanya babi di kawasan sub-tropika dan tropika yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang baik. Jangkitannya boleh menyebabkan kesihatan sentiasa terganggu dan kadangkala boleh membawa maut.
  • Cacing ini akan mengurangkan nilai-nilai pemakanan yang diambil, mengganggu proses kognetif dan menimbulkan kekangan pada usus dan dubur
Cacing Ascaris

3. GUINEA WORM

  • Nama asalnya Dracunculiasis dan juga dipanggil Medina Worm. Ia adalah jangkitan parasit disebabkan oleh cacing nematod Dracunculus medinesis.
  • Cacing Guinea adalah satu parasit manusia yang paling banyak didokumentasikan. Dari abad kedua sebelum Masehi dalam cacatan ahli sejarah Greek, penyakit Cacing Guinea hanya dijangkiti apabila manusia meminum air bertakung yang sudah mempunyai telur cacing ataupun melalui kawasan berair yang dijangkiti tanpa sebarang perlindungan.

Cacing Guinea Worm

Kaki yang terkena Cacing Guinea Worm

Cacing Guinea Worm
juga menyerang di bahagian betis

4. TAPEWORM

  • Tapeworm adalah cacing rata yang bersifat parasit yang menetap didalam saluran pencernaan Vertebrata bagi yang dewasa dan didalam tubuh bagi yang kecil. Ada sesetengah jenis tapeworm boleh membiak sehingga 30 meter (100 kaki) panjang.
  • Telur tapeworm biasanya dicernakan bersama makanan ataupun melalui tanah yang dicemari dengan najis manusia atau haiwan. tapeworm juga boleh diterima dengan memakan makanan mentah berupa daging dan ikan sekiranya mengandungi larva tapeworm
  • Setelah masuk kedalam tubuh, tapeworm akan membesar menjadi dewasa didalam usus dan boleh bertahan sehingga 20 tahun lamanya. Tapeworm juga boleh berjangkit semula sekiranya kita tidak membasuh tangan dengan sempurna apbila selesai membuang najis.

Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna
setelah menggunakan tandas. Jangan sampai
tapeworm memasuki tubuh anda

5. FILARIAL WORM

  • Penyakit Filariasis adalah penyakit berjangkit dan parasit dikawasan tropika disebabkan oleh cacing Filarial yang berbentuk seperti benang. cacing ini mempunyai variasi yang menetap didalam sistem limfa, lapisan lemak tubuh dan ruangan didalam abdomen. Cacing ini juga boleh disebarkan melalui nyamuk.
  • Penyakit yang paling terkemuka bagi cacing ini ialah kaki gajah atau elephantiasia, satu penyakit yang akan menebalkan kulit dan lapisan tisu di bawahnya dan disebarkan melalui nyamuk. kaki gajah adalah hasil apabila cacing Filarial memenuhi sistem limfa.

Penyakit untut atau kaki gajah
adalah disebabkan oleh cacing Filarial Worm

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “5 Jenis Cacing Paling Bahaya Di Dunia”

  1. Cacing macam nie pun ada.. Siyes geli tengok bro..
    Aniqbukhary32 recently posted…Seakan tak percaya terlihat kelibat Mona Fendi di DamansaraMy Profile

  2. kucinghitam says:

    penah tgk cacing gelang jer panjang gila eeeeee

  3. amir zahari says:

    cacing tanah pernah la tgk.. yg cacing pita tu penah tgk kt youtube, sekali die tarik keluar panjang gile, macam tak habis2.. arghhhh geli wei.. tu yg penting berkuku pendek..
    amir zahari recently posted…Horrifying Story #2 : Siapa Di Luar?My Profile

  4. JOBS VIEW says:

    Ngeri tengok cacing-cacing tu..panjang-panjang pulak tu..teringat masa budak dulu bila terkena masalah cacing..bila buang air besar je mesti menangis takut sebab cacing keluar..hehe..
    JOBS VIEW recently posted…Job Opportunities with Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) [UPDATE 11OCT2013]My Profile

  5. fenfey says:

    eeeeeeee……geli sngt lah,nmpk apa2 jnis cacing ne,apalgi cacing yg brbhya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge