5 Aplikasi Komunikasi Terbaik Untuk Pengguna Android

viber free messaging

5 Aplikasi Komunikasi Terbaik Untuk Pengguna Android | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Ada tak antara korang semua pengguna Android? Wah, ramai rupanya. Teacher Muja pun pengguna android. Kita geng nampaknya. Sila bahagia semua sebab hari ni Teacher Muja nak beritahu benda yang sangat menarik untuk para pengguna Android.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Android telah berkembang pesat dan bersaing hebat dengan pasaran OS, dan telah mendominasi pasaran yang besar dengan membawa masuk banyak aplikasi hebat daripada para pembangun aplikasi. Aplikasi seperti Vibe dan Hangout nampaknya sudah berjaya untuk menempatkan diri di setiap telefon android.

Di bawah ini, Teacher Muja senaraikan untuk korang semua 5  aplikasi komunikasi terbaik untuk pengguna Android. Moga senarai ini memudahkan korang semua memilih yang mana paling sesuai dengan cara hidup korang.

1. Google Voice

google voice

Google Voice ternyata membawa telefon Android ke tahap yang lebih tinggi dengan integrasi lancar yang membolehkan kita menghubungi sebanyak mana alatan yang kita mahu dengan menggunakan satu nombor. Kita juga boleh memberikan nombor tersebut dengan mudah dan menggunakan tetapan spam untuk menentukan tahap privasi dengan menapis orang yang tidak dikenali. Panggilan antarabangsa yang murah adalah satu lagi ciri yang ada padanya dan mesej bertulis sudah pastinya percuma. Kita boleh menghantar mesej daripada desktop juga. Google Voice boleh dimuat turun di SINI.

2. Hangouts

google hangouts

Google Talk sudah dibubarkan dan digantikan dengan Google Hangouts. Dengan paparan yang berstail dan mesra pengguna, aplikasi isi membolehkan kita berhubung menggunakan mesej ringkas Google dan sekarang turut mempunyai pilihan untuk SMS. Selain panggilan video percuma, kita juga boleh berhubung dengan 12 orang sekali gus jika kita mempunyai akaun Google+. Google Hangouts boleh dimuat turun di SINI.

3. imo

imo

imo adalah perkhidmatan pesanan yang efektif dan cekap yang menghubungkan kita dengan banyak saluran lain seperti AIM, Facebook, Twitter, Google, MSN, Yahoo, ICQ, Jabber dan lain-lain. Kita juga boleh berbual dengan pengguna imo dan mempunyai fungsi status yang hampir sama dengan Facebook dan Twitter. Apa yang menarik mengenai aplikasi ini adalah kita boleh berhubung dengan hampir semua orang pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Aplikasi imo boleh dimuat turun di SINI.

4. Viber

viber free messaging

Viber biasanya dikenali sebagai pelengkap kepada Whatsapp. Whatsapp adalah aplikasi mesej paling popular manakala Viber pula aplikasi panggilan paling popular. Viber berbeza kerana ia juga boleh digunakan pada komputer sebagai alat komunikasi. Daripada telefon Android, kita boleh mengubah panggilan suara ke aplikasi Viber komputer dan meneruskan perbualan dengan lancar. Aplikasi Viber boleh dimuat turun di SINI.

5. TextSecure

text secure private messaging

Text Secure adalah sebuah aplikasi untuk para teoris konspirasi tertutup. Jika kita tidak mahu perniagaan besar, kerajaan atau sesiapa sahaja untuk menceroboh privasi kita, gunakanlah Text Secure. Mesej bertulis diterjemah di udara semasa ia dihantar dan juga di telefon kita untuk mengelakkannya daripada bocor kepada kawan yang tidak habis-habis memeriksa peti masuk. Aplikasi ini mula wujud dalam versi Beta tetapi sekarang sudah dilancarkan sepenuhnya. Aplikasi Textsecure boleh dimuat turun di SINI.

Tengok, bukan pengguna iOS sahaja yang mempunyai peluang untuk menggunakan aplikasi yang hebat, pengguna Android pun boleh. Tinggal kena rajin menyelongkar Playstore sahaja. Jangan rendah diri ye para pengguna Android sebab kita serupa. Kah3. Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments