5 Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran

tarbiyah.jpg

5 Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran

5 Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Puteri rasa dah lama Puteri tak munculkan diri di Fuh.My nih. Entah apa yang sibuk pun tak tahu lah kan, pape pun hari ini Puteri mahu kongsikan satu artikel dari Home Family Site tentang 5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran.

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion +ve, manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Rasulullah saw, “Ilmu itu milik Allah, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan. InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.”

Nota Puteri: Sama-sama kita amalkan sunnah Rasulullah ini yang mana banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita. In shaa Allah, berjumpa lagi kita pada entri yang akan datang. Teruskan memberi sokongan anda kepada kami ya. Wassalam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

9 thoughts on “5 Amalan Menjaga Kesihatan Yang Terdapat Dalam Al-Quran”

  1. sememangnya begitu banyak rahsia dan manfaat yang terkandung di dalam Al-Quran ini
    blogger lelaki recently posted…Obses Dengan NomborMy Profile

  2. kucinghitam says:

    al quran ni kalo kita kaji sure banyak menda leh kita dapat
    kucinghitam recently posted…FOUZIAH GOUS ISTERI MD ZHAFRAN DENGAN SEKALI LAFAZMy Profile

  3. Ezad Skytech says:

    apa yang baik untuk kita…kita ikut…:D
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  4. baby comel says:

    kalau kita betul2 ikut sunnah Rasulullah, sungguh terpelihara kesihatan tu. Sebab tu kena berhenti sebelum kenyang.
    baby comel recently posted…Benci vs Cinta Astro RiaMy Profile

  5. mohd says:

    dari no 1 hingga 5, surah apa, ayat ke berapa yang menerangkan seperti point di atas? siapa yang meriwayatkan hadis diatas? diambil dalam kitab hadis yang mana? jika tidak dapat bawa dalil atau bukti, maka ini adalah dusta ke atas Allah & rasul.. perlu berhati2 untuk kongsikan apa jua berkaitan al-quran & hadis.. kerana di zaman fitnah ini byk hadis2 palsu & kenyataan2 palsu yang kononnya digunakan atas nama Allah & rasul… yang komen pun jangan lah terima bulat2 apa yang dikongsikan… cari dulu.. ada ke ayat al-quran yang menerangkan perkara seperti diatas.. kalu barulah komen…

    1. Hamif says:

      Askm En. Mohd…

      Saya spt en. Mohd jugak. Puas dah saya cuba cari (google) ttg ayat al-quran ttg suruh mandi sblm subuh ni. Tak jumpa2 jugak. Ayat mana? Surah mana ekk? Sampai skrg msh mencari…

  6. mohd says:

    Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala : “Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim” [Surah al-A’am : 144]

    Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala “Pada hari kiamat engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah muka-muka mereka hitam” [Surah az-Zumar : 60]

    Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam dalam salah satu khutbahnya yang dikhabarkan oleh Abu Qatadah radhiallahu-‘anhu:

    “Aku mendengar Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam bersabda di atas mimbar ini : Hendaklah kamu sekalian menjauhi (daripada) terlalu banyak menyampaikan hadith daripada aku. Maka barangsiapa yang menyampaikan sesuatu (hadith) daripadaku – hendakah dia menyatakan yang sebenar-benarnya (sahih). Dan barangsiapa yang mengada-adakan dusta atas namaku padahal aku tidak (pernah) mengatakannya – maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di neraka” [Sunan Ibnu Majah – no: 035]

    Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam : “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari 1/439 dan Muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir – Lihat : Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadith, ms. 239]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge