3 Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Di Kota Tinggi. Innalillah

3 Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Di Kota Tinggi. Tiga sekeluarga maut sementara dua lagi cedera dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Binjai 4

3 Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Di Kota Tinggi. Innalillah | KOTA TINGGI – Tiga sekeluarga maut sementara dua lagi cedera dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Binjai 4, Taman Kota Jaya di sini hari ini.

Identiti mereka yang terkorban hanya dikenali sebagai Maliki Hanie Aziz, Ezza Nurfarhainie Othman dan Mahadir Ngapit.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Suhaimi Abd Jamal ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.04 petang dan sampai di tempat kejadian pada 5.09 petang.

Bagaimanapun apabila dua jentera dengan 12 anggota tiba di tempat kejadian, rumah teres kos rendah setingkat tersebut sudah 90 peratus terbakar, katanya.

Pihak bomba turut menghubungi unit anjing K-9 dari Kuala Lumpur bagi membantu menyiasat punca sebenar kebakaran, katanya. – Bernama

Sinar Harian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments