15 Anugerah Allah Kepada Hawa dan Tiada Pada Adam

kartun-muslimah-6.jpg

15 Anugerah Allah Kepada Hawa dan Tiada Pada Adam | Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1435H kepada semua pembaca Fuh.My yang tersayang. Perkongsian Luna untuk hari ini adalah mengenai 15 Anugerah Allah Kepada  Kaum Hawa dan Tiada Pada Kaum Adam. Sungguh istimewanya kaum Hawa dimata Allah kan?

Antara 15 Anugerah Allah Kepada Kaum Hawa ialah seperti berikut :-

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

wanita solehah

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia  dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya  ia  mentaati perintah tersebut  dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Nota Luna Nana : Begitu indah dan bertuahnya darjat kaum Hawa disisi Allah S.W.T.. Semoga kita dapat memperbaiki diri kearah kebaikan dari hari ke hari serta menjadi suri yang baik kepada suami , anak yang solehah kepada kedua ibu bapa dan hamba yang taat dan patuh dengan perintah Allah.InsyaAllah..Kepada kaum Adam didik dan bimbinglah adik perempuan kamu ,isteri kamu dan juga anak-anak kamu ke jalan yang diredhai olehNya..

Sumber

“Wanita Solehah Adalah Wanita Yang Sukar Di Mengerti,

Biarpun Di Dunia Namanya Bukan Menjadi Siulan,

Namun Di Langit Namanya Menjadi Bualan “

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “15 Anugerah Allah Kepada Hawa dan Tiada Pada Adam”

  1. Disebalik kelemahan kaum wanita, Allah berikan satu keistimewaan yg x dimiliki oleh kaum lelaki.. Adilnya Allah
    Aniqbukhary32 recently posted…Satu penghargan buat Antz Pictures StudiozMy Profile

  2. kucinghitam says:

    setiap kelembutan pasti ada kelebihan

  3. Abdul Hafiz says:

    Dan di saat wanita bumi memilih jalan pintas untuk memenuhi hajat diri..
    Bidadari bumi akan sabar menanti dalam keta’atan dan mengisinya dengan berbenah diri…
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge