10 Wasiat Rasulullah Kepada Fatimah Khas Untuk Wanita

wanita-solehah.jpg

10 Wasiat Rasulullah Kepada Fatimah Khas Untuk Wanita | Sesungguhnya Rasulullah amat menyayangi puterinya. Terdapat 10 wasiat yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada puterinya, Fatimah az-Zahra. 10 wasiat yang ditinggalkan merupakan mutiara yang terlalu mahal nilainya apabila dimiliki oleh seorang wanita untuk bergelar isteri solehah.

Wasiat ini boleh kita jadikan panduan dalam meniti kehidupan bergelar remaja muslimah sejati dan wanita yang solehah

10 Wasiat Rasulullah Kepada Fatimah Khas Untuk Wanita

  1. Wahai Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya daripada setiap biji gandum, menghilangkan kejelikan dan meningkatkan darjat wanita itu
  2. Wahai Fatimah, kepada wanita yang mengelurkan peluh ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
  3. Wahai Fatimah, kepada wanita yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, Allah telah menetapkan pahala kepadanya seperti pahala memberi makan 1000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian 1000 orang yang tidak berpakaian.
  4. Wahai Fatimah, kepada wanita yang mempertahankan keutuhan rumah tangganya, Allah akan menahannya daripada meminum air daripada telaga kautsar pada hari kiamat nanti
  5. Wahai Fatimah, perkara paling utama daripada yang di atas ini ada keredaan suami terhadap isteri. Seandainya suamimu tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
  6. Wahai Fatimah, kepada wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatnya, meminyakkan janggut dan memotong kumisnya,serta memotong kukunya, maka Allah akan memberikan minuman yang didatangkan dalam bekas indah daripada sungai-sungai di syurga. Allah memudahkan sakaratul maut baginya dan kuburnya menjadi sebahagian daripada taman syurga. Dan Allah menetapkan baginya bebas daripada seksa api neraka serta dapat melintasi titian siratul-mustaqim dengan selamat.
  7. Wahai Fatimah, kepada wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, maka Allah akan memandangnya dengan penuh kasih.
  8. Wahai Fatimah, kepada wanita yang membentangkan alas tisur untuk suami dengan senang hati,para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amanlannya, dan Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang.
  9. Wahai Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat akan memohon keampunan baginya dan Allah menetapkan kepadanya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu kejelitaan. Ketika wanita berasa sakit sewaktu melahirkan, Allah menetapkan pahala untuknya sama dengan pahala para pejuang yang berjuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Apabila meninggal dunia ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa walau sedikit dosa . Di dalam kubur pula, dia akan mendapat taman indah yang merupakan sebahagian daripada taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat akan memohon keampunan baginya sehingga hari kiamat.
  10. Wahai Fatimah, apabila seorang wanita melayan suaminya, sehari semalam dengan senang hati dan ikhlas, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian untuknya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan padanyasetiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan.Dan Allah akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah.

Allahu Rabbi!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “10 Wasiat Rasulullah Kepada Fatimah Khas Untuk Wanita”

  1. Yana Sakura says:

    Subhanallah…mulianya wanita di sisi Allah..

    Jom renung-renungkan dan selamat beramal.. =)

    Peace for Egypt..semoga mereka tabah menghadapi ujian dari Allah..
    Yana Sakura recently posted…Kebesaran Al- QuranMy Profile

    1. VIMAX2U says:

      mulia kalo semua suruhan dilakukan semua larangan ditinggalkan
      VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  2. VIMAX2U says:

    sesungguh nyer wanita adalah mulia di sisi islam tp wanita sendiri yang menjatuhkan maruah kaum hawa
    VIMAX2U recently posted…VIMAX RM230My Profile

  3. AmSya says:

    yg no 4 tu blh terangkan x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge