10 Tempat Paling Menakutkan Di Dunia

Leap-Castle-400x223.png

10 Tempat Paling Menakutkan Di Dunia | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja ingin membuat pengakuan pada hari ini yang Teacher Muja adalah seorang yang agak penakut. Jangan contohi perangai ini sebab kita sepatutnya hanya takut kepada Allah SWT. Insya ALLAH, kita dapat menyemai perasaan takut itu hari demi hari.

Kita semua pastinya pernah mendengar tempat-tempat yang dianggap misteri dan menakutkan dalam dunia ini. Tempat yang membuatkan seseorang berasa seperti hilang arah buat beberapa ketika kerana minda yang diselubungi dengan kejadian-kejadian dan fenomena alam yang terjadi di sana.

Contohnya adalah seperti Nazca Lines di Peru atau sfera batu bulat di Spain dan lain-lain. Bagaimanapun, tempat-tempat paling menakutkan di dunia ditambahkan lagi unsur misteri selain menakutkan untuk mencapai status paling menakutkan itu. Artikel ini merujuk kepada beberapa tempat yang sangat menakutkan bagi semua orang.

Di bawah adalah senarai 10 tempat paling menakutkan di dunia.

Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng

tuol slen genocide museum

Seramai 1700 mangsa Tuol Sleng dirasakan masih berlegaran di sekita dewan menyebabkan banyak kejadian aneh dilaporkan. Ramai yang menjadi mangsa kepada Mesin Kematian dan ramai juga antara mereka dipaksa mengakui kesalahan yang mereka tidak lakukan. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka sekarang menghantui Tuol Sleng!

Lombong-lombong di Paris

mines of paris

Teacher Muja syak, pastinya korang pernah mendengar tentang kubur-kubur bawah tanah yang ada di Paris. Ia bukanlah satu perkara yang melucukan sekiranya seseorang sesat di dalam terowong ini. Lombong di bawahnya adalah sepanjang 600 kilometer. Sememangnya tidak selamat untuk mereka kerana di sana tiada patrol atau ciri keselamatan langsung!

Leap Castle

istana leap

Keseluruhan Leap Castle dikatakan berhantu dan dikuasai oleh binatang yang menjadi ketua kepada semua hantu, dikenali sebagai Elemental. Beberapa orang yang pernah melalui pengalaman dengan hantu ini mengatakan yang binatangi itu boleh dirasai kehadirannya apabila timbul bau sulfur dan daging busuk yang kuat!

Shades of Death Road

shades of death road

Selain daripada nama jalan yang cukup menakutkan, yang lebih menakutkan adalah fakta bahawa terdapat sebuah tasik yang terletak di selatan jalan ini. Tasik tersebut dinamakan Ghost Lake atau Tasik Berhantu. Orang ramai melaporkan cahaya yang aneh di tasik itu dan banyak lagi kejadian misteri yang lain.

Pusat Rawatan Mental Byberry

byberry mental asylum

Membaca mengenai Pusat Rawatan Mental Byberry ini akan mengingatkan kita dengan filem “Grave Encounters” dan pastinya ramai orang akan mengatakan ‘benda’ yang berkeliaran di dewan dalam bangunan yang terbiar ini adalah tidak sengeri ‘benda’ yang pergi ke hospital itu, dimana pesakitnya diganggu, dikerat, dibunuh dan didera.

Humberstone dan LaNoria

humberstone and lanoria

Jika kita teringin untuk melakukan fotografi supernatural, inilah tempatnya, Humberstone dan LaNoria. Pernah dikatakan yang mayat di tanah perkuburan ini berjalan pada waktu malam dan jika tertangkap tanpa sengaja, imej mereka mungkin terlihat dalam gambar!

Rumah Riddle

rumah riddle

Lelaki yang tinggal di dalam Rumah Riddle menggantung diri sendiri dan mati. Khabar angin mengatakan dia adalah lelaki menyebabkan rohnya sekarang menghantui mana-mana lelaki yang memasuki loteng rumah itu, iaitu tempat Riddle menggantung dirinya sendiri.

Tanah Perkuburan Stull

stull cemetry

Sebuah buku pernah menyatakan yang hantu itu sendiri mengadakan perjumpaan dengan para pemujanya di Tanah Perkuburan Stull, yang jelas membuktikan tempat itu memang berhantu. Orang menyatakan sebegitu berdasarkan sebuah fakta seorang ayah pernah membakar ladang ini dan menjumpai badan anaknya dalam abu dan seorang lagi lelaki hilang dan dijumpai tergantung pada sebatang pokok.

Bandar Neraka

hell town

Stanford Road, nampaknya begitu curam dan tiba-tiba berakhir di jalan mati. Daripada kata orang ramai yang bercakap tentang pengalaman mereka, jika kamu berjalan terlalu lama di laluan ini, kamu mungkin akan berjumpa dengan makhluk yang paling menjelikkan dalam seumur hidup kamu!

The Ridges

the ridges berhantu

The Ridges menduduki tempat ke-13 tempat paling berhantu di dunia dan sememangnya patut disebabkan oleh laporan kemalangan yang terlalu banyak mengenai hantu dan perkara-perkara lain yang menakutkan. Cerita yang paling menakutkan setakat ini adalah fakta yang mengatakan terdapat seorang pesakit perempuan berumur 54 tahun yang hilang dan ditemui semula selepas 6 minggu di dalam wad yang sudah lama tidak digunakan. Dia sudah mengambil semua pakaian dan melipatnya. Dia juga terbaring di atas lantai sejuk dan mereput. Badannya meninggalkan kesan pada tanah!

Saat menulis artikel ini, Teacher Muja sendiri pun meremang bulu roma. Teacher Muja yang tidak kuat semangat ni selalu meminta kepada Allah SWT supaya ditebalkan hijab Teacher Muja dengan dunia yang satu lagi ni. Tidak ada rasa untuk terjumpa dengan mereka. Mahu tak makan 3 hari 3 malam macam masa kecil dulu, gara-gara terlihat mayat. Nauzubillah berlaku lagi.

Akhir sekali, satu-satunya yang patut kita gerun dan takut adalah Allah SWT. Berusahalah untuk menghilangkan rasa takut kepada makhluk yang tidak ada daya apa-apa selain yang diberikan olehNya. Moga kehidupan kita lebih bahagia di dunia dan di akhirat. Amiin. Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “10 Tempat Paling Menakutkan Di Dunia”

  1. The best way to workout these muscles is to be consistent
    in your working of these muscles. You should be eating 3 – 6
    meals a day to keep you metabolism constantly running. There are a few chemical agents actually destroy the melanin creating cells called melanocytes.
    how to lose thigh fat for women at home recently posted…how to lose thigh fat for women at homeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge