10 Sukan Paling Berbahaya Sepanjang Zaman

sukan-paling-berbahaya-sepanjang-zaman.jpg

10 Sukan Paling Berbahaya Sepanjang Zaman | Sukan sentiasa dianggap sebagai sumber kecergasan fizikal serta keseronokan dan hiburan. Sukan juga telah menjadi kerjaya bagi ramai orang. Banyak sukan baru telah wujud kerana bakat semula jadi yang berbeza. Sukan berbahaya ini dimainkan oleh orang ramai dari seluruh dunia dan walaupun ia menyebabkan banyak kemalangan, orang ramai tidak berhenti untuk melakukannya biarpun semua cara perlindungan yang ada di dunia tidak dapat membantu apabila kemalangan maut berlaku.

Di bawah adalah senarai 10 sukan paling berbahaya sepanjang zaman. Ironinya, semakin berbahaya sebuah sukan itu, semakin tinggi mata yang mereka skor.

1. Berakit Di Jeram Air Putih (Whitewater Rafting)

white water rafting, sukan paling berbahaya sepanjang zaman

Sukan ini adalah salah satu sukan yang paling mencabar di mana seorang atau satu kumpulan berakit di sebuah sungai air putih yang mengalir deras dan berbahaya. Air sungai secara hampir keseluruhannya adalah putih dan berada pada darjah yang berbeza. Sukan ini bermula pada pertengahan tahun 70-an dan masih dimainkan. Ia dianggap sebagai sebuah sukan berbahaya melampau dan boleh memudaratkan.

2. Lompatan Pelantar (Base Jumping)

gambar base jumping, gambar lompatan pelantar

Lompatan pelantar lebih dikenali sebagai sebagai lompatan BASE di mana BASE bermaksud Buildings, Antennas, Spans (jambatan), dan Earth (tebing). Dalam sukan ini, seseorang melompat dari salah satu daripada tempat yang disebutkan dan menggunakan payung terjun untuk mengawal pendaratan ke tanah. Secara purata, 10 orang mati setiap tahun dalam sukan berbahaya ini.

3. Terjunan Udara (Skydiving)

terjunan udara, skydiving

Terjunan udara adalah sukan yang biasa di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ia menjadi sukan berbahaya kerana perbuatan melompat dari jarak 20,000 kaki di atas tanah adalah tidak mudah dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Parachute boleh tersekat manakala orang yang sensitif boleh pengsan atau paling tidak mengalami kelemasan di udara.

4. Papan Selaju (Skateboarding)

papan selaju,

Permainan papan selaju kebanyakannya dimainkan oleh golongan remaja di mana mereka menggunakan papan selaju untuk melakukan beberapa kemahiran dan aksi yang berbeza di jalan-jalan atau di mana-mana gelanggang skateboarding. Walaupun anda adalah skateboarder profesional, kemalangan dan kesilapan masih berlaku kerana mengimbangi skateboard bukanlah mudah. Banyak kecederaan kecil dan besar berlaku dalam sukan berbahaya ini.

5. Pasukan Sorak (Cheerleading)

sorak, 10 sukan paling bahaya

Pasukan sorak adalah kumpulan penari yang melakukan pelbagai aksi menarik untuk menghiburkan penonton semasa menyokong pasukan mereka dalam mana-mana acara sukan. Sukan berbahaya ini tidak berbahaya untuk semua peserta tetapi hanya untuk mereka yang dilambung ke udara. Satu kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 ahli melambungkan seorang gadis ke udara pada ketinggian kira-kira 20 kaki dan menangkapnya semula. Satu kesilapan mudah boleh menyebabkan kecederaan kepala dan tulang belakang yang boleh melumpuhkan gadis itu seumur hidup.

4 Golongan Paling Kerap Digigit Nyamuk

6. Menunggang Lembu

bull riding, menunggang lembu

Sukan berbahaya ini memerlukan seorang penunggang untuk mencuba naik ke atas belakang seekor lembu jantan dan bertahan untuk lapan saat untuk mendapatkan mata, manakala lembu yang marah itu akan cuba untuk menjatuhkan penunggang. Ia juga dikenali sebagai “Sukan lapan saat paling bahaya di dunia“.

7. Moto X

gambar moto x, moto x

Moto X adalah salah satu sukan berbahaya yang paling menghiburkan di dunia. Dalam sukan ini, penunggang motosikal melompat dari satu sisi tanah ke sisi yang lain ketika melakukan aksi yang berbeza di udara untuk mengambil hati hakim. Semakin berbahaya sesuatu aksi itu, semakin banyak mata yang akan diskor oleh penunggang.

8. Larian Lembu Jantan (Bull Running)

bull running, larian lembu jantan

Sukan berbahaya yang terkenal ini dimainkan di negara Sepanyol di mana orang berlari dalam kalangan sekumpulan lembu untuk menyelamatkan nyawa mereka. Mereka melakukannya untuk memadamkan rasa takut akan kematian dan kesakitan. Ia telah menjadi sebuah tradisi dan perayaan selama tujuh hari diadakan setiap tahun yang termasuk sukan ini.

Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Ke-56 2013

9. Seretan Jalan (Street Lugging)

street luging

Seretan jalan termasuk dalam kategori sukan ekstrem, di mana tunggangan pelumba pada papan streetluge atau kadang-kadang dipanggil eretan, akan meluncur ke bawah melalui jalan yang menuruni curam. Kelajuan yang boleh mencapai 40-90 mph amat berbahaya jika terdapat apa-apa kemalangan berlaku.

10. Memanjat Batu (Rock Climbing)

rock climbing, memanjat batu

Memanjat batu melibatkan pendaki batu profesional mendaki melalui batu semula jadi atau tiruan. Laluan ini adalah pra-takrif dan pendaki mestilah kembali ke titik permulaan setelah berjaya ke titik akhir untuk menamatkan permainan ini. Tali dan alat-alat yang digunakan dalam sukan ini boleh putus atau rosak pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran yang boleh menyebabkan kemalangan maut.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “10 Sukan Paling Berbahaya Sepanjang Zaman”

  1. Zuan says:

    wow! cheerleading pun dalam senarai.. ak pernah try sk8.. memang merbahaya jika tak gunakan peralatan keselamatan
    Zuan recently posted…Nampak Sama, Tapi…?My Profile

  2. hafiz says:

    Moto x paling suka tgk….
    hafiz recently posted…Membasuh keretaMy Profile

  3. vcore says:

    moto x terbaik

  4. luther says:

    satu lagi sukan anda lupa…iaitu sukan parkour :3..

  5. mselim3 says:

    Assalammualaikum…fuh,

    skateboard sukan paling berbahaya yer… dan golongan yang paling kerap digigit nyamuk…. boleh bawa maut yer…

    mselim3
    mselim3 recently posted…Karamah Abu Yazid Al-Bustami Boleh Terbang Di UdaraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge