10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

angelina jolie

10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Hari ini, Teacher Muja nak berkongsi satu informasi yang sangat menakutkan bagi kaum wanita. Padahal sebenarnya, lelaki juga patut gerun dengan perkara ini. Mula-mula, berdoa dulu kita dilindungi daripada sebarang penyakit berbahaya. Amiin.

Baru-baru ini, kita telah mendapat berita hangat yang Angelina Jolie telah menjalani pembedahan mastektomi berganda untuk mengurangkan risiko mendapat barah payudara apabila beliau dikatakan pembawa gen BRCA1. Angelina memutuskan untuk menjalani pembedahan itu untuk anak-anaknya, setelah ibunya sendiri meninggal dunia akibat daripada barah ovari pada usia 56 tahun.

Selain Angelina Jolie, terdapat beberapa orang lagi selebriti yang telah menjalankan mastektomi berganda ini. Jom, kita tengok siapa mereka.

Angelina Jolie

angelina jolie

Angelina Jolie mendedahkan yang beliau telah menjalankan mastektomi berganda dalam New York Times. Beliau berkata yang ia hanyalah untuk mengurangkan risiko beliau mendapat barah payudara kerana dia pembawa gene BRCA1.

Christina Applegate

christina applegate

Pada bulan Ogos 2008, pelakon Christina Applegate menjalankan mastektomi berganda setelah mendapat tahu yang beliau menghidap barah payudara.

Sharon Osbourne

sharon osbourne

Personaliti televisyen dan isteri kepada Ozzy Osbourne, Sharon Osbourne, menjalani pencegahan mastektomi berganda selepas mengetahui yang dia mempunyai gene yang berisiko dalam badannya.

Kathy Bates

kathy bates

Pelakon Kathy Bates mengumumkan di Twitternya yang beliau menjalani mastektomi berganda selepas didiagnos menghidap barah payudara pada tahun 2012.

Giuliana Rancic

giuliana rancic

Penaung E! News didiagnos pada peringkat awal barah payudara pada bulan Oktober 2011 dan memutuskan untuk menjalankan mastektomi berganda pada tahun itu juga.

Wanda Sykes

wanda sykes

Pelakon komedi, Wanda Sykes memberitahu dalam The Ellen DeGeneres Show pada bulan September 2011 yang beliau menjalankan pencegahan mastektomi berganda setelah beliau didiagnos dengan barah payudara yang benigna (Tidak aktif).

Shirley Temple Black

shirley temple black

Pelakon kanak-kanak yang menjadi duta Amerika Syarikat, Shirley Temple Black adalah salah seorang wanita terkenal yang bercakap secara terbuka mengenai barah payudara setelah beliau didiagnos dengan penyakit ini dan menjalankan mastektomi berganda pada tahun 1972.

Nancy Reagan

nancy reagan

Nancy Reagon didiagnos dengan barah payudara selepas menjalankan mammogram pada bulan Oktober 1987 dan memilih menjalankan mastektomi.

Hoda Kotb

HODA KOTB

Pengacara rancangan ‘Today’, Hoda Kotb, memberitahu orang ramai tentang barah payudara yang dihidapinya tanpa berselindung dan menjalani mastektomi pada bulan Mac 2007.

Richard Roundtree

richard roundtree

Pelakon lelaki, Richard Roundtree yang sangat dikenali dengan ‘Shaft’ menjalankan mastektomi berganda selepas beliau didiagnos menghidapi barah payudara lelaki pada tahun 1993

Dalam kehidupan mereka para selebriti yang kita lihat seperti dipenuhi dengan populariti dan kemewahan, mereka juga tidak lari daripada ditimpa ujian yang berat. Maka, bersyukurlah dengan segala yang kita ada kerana ramai lagi mereka yang tidak punya.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments