10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah

michael_jackson-400x300.jpg

10 Selebriti Dunia Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dadah asalnya bahan yang digunakan sebagai bahan tahan sakit yang digunakan dalam dunia perubatan. Namun, dadah kini sudah sinonim dengan penyalahgunaan yang sudah diketahui umum sangat berbahaya dan telah meragut jutaan nyawa manusia.

Kamu mesti pernah mendengar banyak kisah selebriti Barat yang telah meninggal dunia akibat daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol ataupun penggunaan yang berlebihan.

Di bawah adalah senarai 10 selebriti yang mati akibat daripada penyalahgunaan dadah termasuklah bintang filem, pemuzik, dan artis,

Michael Jackson

michael jackson

Dia digelar Raja Pop. Michael Jackson yang dikatakan sudah mengubah dunia dengan gerak tarinya, seorang penyanyi yang sudah memecahkan dan mencipta rekod dalam karier muziknya, mati akibat daripada penggunaan dadah yang berlebihan. Namun begitu, doktornya telah ditangkap selepas siasatan dilakukan dan terdapat kemungkinan yang kematiannya adalah sebuah pembunuhan.

Amy Winehouse

amy winehouse

Amy Winehouse, seorang penyanyi yang dikatakan cukup hebat dan sudah memenangi banyak anugerah, mati di apartmennya akibat daripada pengambilan alkohol berlebihan. Semasa kematiannya, kandungan alkohol dalam darahnya adalah lima kali ganda daripada had alkohol yang dibenarkan semasa memandu.

Heath Ledger

heath ledger

‘Dan saya fikir lawak saya adalah teruk’. Pelakon yang telah memukau dunia dengan lakonannya dalam filem The Dark Knight ini mati akibat daripada penggunaan dadah yang berlebihan. Dipercayai yang dia terlalu terpengaruh dengan lakonannya sehingga tidak dapat mengawal penggunaan dadah tersebut.

Jimi Hendrix

jimi hendrix

Jimi Hendrix sangat terkenal sebagai salah seorang pemain gitar elektrik terhebat di dunia. Dia juga terkenal dengan penggunaan dadah yang telah meragut nyawanya pada 18 September 1970.

Jim Morrison

jim morrison

Jim Morrison adalah penyanyi utama dalam band The Doors. Dia mati akibat serangan sakit jantung pada usia 27 tahun disebabkan penggunaan Heroin secara berlebihan yang tidak disengajakan.

Elvis Presley

elvis presley

Elvis Presley sememangnya adalah salah seorang daripada penyanyi popular yang terhebat di dunia pada zamannya. Malangnya, kematiannya adalah disebabkan penggunaan dadah.

Anna Nicole Smith

smith anna nicole

Smith Anna Nicole adalah seorang pelakon dan juga model bagi majalah Playboy. Anna ditemui mati pada 8 Februari 2007 akibat daripada penggunaan alkohol dan dadah berlebihan.

Brittany Murphy

Brittany Murphy

Pelakon Amerika yang membintangi filem 8 Mile, Girl Interrupted dan Clueless ini ditemui jatuh di dalam bilik mandi pada 20 Disember 2009. Penyebab kepada kematiannya adalah pneumonia dan beberapa keracunan akibat dadah.

Marilyn Monroe

marilyn monroe

Pelakon wanita yang membintangi filem seperti How To Marry A Millionaire dan Some Like It Hot ini dikatakan telah membunuh diri  dengan menggunakan dadah secara berlebihan. Penyebab kepada penyakit yang dialaminya dikatakan adalah pelbagai masalah yang dihadapi dalam hidupnya.

River Phoenix

River Phoenix

Seorang pelakon lelaki yang membintangi filem-filem hebat seperti Stand By Me, Little Nikit dan The Thing Called Love dan banyak lagi. River Phoenix mati akibat penggunaan kokain dan heroin pada umur 23

Terlalu ramai manusia yang popular yang kita anggap sangat hebat kehidupan mereka ini terlibat dalam permasalahan sehingga  ini sedang peminat mereka termimpi-mimpi untuk mengalami kehidupan seperti mereka. Mahukah peminat ini juga meninggalkan dunia ini dengan cara yang sama? Renung-renungkanlah.

Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “10 Selebriti Yang Mati Akibat Daripada Penyalahgunaan Dadah”

  1. kucinghitam says:

    buang masa n duit ja pastu buang nyawa

    1. muja says:

      dorng tahu apa,, duit banyak,,, huhuu
      muja recently posted…Mujadafewa, Mastura Rara dan Hazanis BerdatingMy Profile

  2. MJ meninggal sebab dadah ke?? Biar betik nie??
    Aniqbukhary32 recently posted…Bibir merah dan cantik inilah..My Profile

    1. muja says:

      orang pelik nape dia mati sebab doktor dia tu ada menjaganya. sebab tu la orang anggap dia mati kerana keracunan. dan suspek yang buat dia keracunan adalah doktor tu. wallahu a’lam
      muja recently posted…Mujadafewa, Mastura Rara dan Hazanis BerdatingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge