10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu

kurma-UAE-e1372984264985.jpg

10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu – Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu

1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.

2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

tamar

6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal

10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .

Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

8 thoughts on “10 Khasiat Buah Kurma Yang Perlu Anda Tahu”

  1. Ridhwan says:

    ternyata dibalik rasanya yang enak, kurma memiliki khasiat yang baik untuk tubuh..

    1. kucinghitam says:

      yup kalo sapa xnak kena sihir elok amalkan kurma nabi tp susah nak dpt kurma nie sbb mahal

  2. suka tu suka.. tapi manis sgt lah kurma ni
    Potia Casadelarossa recently posted…Cara Gantikan Older Post Newer Post Kepada Tajuk EntryMy Profile

    1. kucinghitam says:

      manis buah xpa abg xmemudaratkan
      kucinghitam recently posted…IPAD MINI KA SAMSUNG NOTE 8My Profile

    2. Mawardiyunus says:

      potia, ada je yang kurang manis huhu
      Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Makan Di Soul GardenMy Profile

  3. kucinghitam says:

    lepas ni parent elok beli kurma bg anak makan dari bg makan susu kimia ntah apa2
    kucinghitam recently posted…IPAD MINI KA SAMSUNG NOTE 8My Profile

  4. Mawardiyunus says:

    dah dekat2 puasa ni makin bayak la kurma laku hahahaha
    Mawardiyunus recently posted…Keluarga Blogger Senget | Makan Di Soul GardenMy Profile

  5. mselim3 says:

    Assalammualaikum… dr.fuh,

    wahhh.. banyak kelebihan dan khasiat makan kurma nie kan.. tp kurma nie terkenal masa bulan ramadan. Hari biasa2 kita jarang jadi kan makan asasi. Walaupun kita tahu kurma ini adalah makanan yang paling mudah dicernakan berbanding nasik lemak maupun roti canai + teh tarik.

    mselim3
    mselim3 recently posted…7 Perkara Yang Tidak Boleh Diubah dalam Hidup.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge