10 Kesilapan Membuat Muka Berminyak

10 Kesilapan Membuat Muka Berminyak. Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah akan menjadikan kulit lagi berminyak.

10 Kesilapan Membuat Muka Berminyak | Semua orang mengimpikan kulit yang putih dan halus, takde jerawat mahupun berminyak tetapi adakah kita tahu apakah punca atau kesilapan kita yang membuatkan muka kita berjerawat dan berminyak? Jom baca 10 Kesilapan Membuat Muka Berminyak.

10 Kesilapan Membuat Muka Berminyak

mengubah tabiat buruk yang menyebabkan jerawat dan kulit berminyak
menikmati kulit yang sihat dan cantik

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada (mungkin anda atau orang lain), jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat tabiat buruk yang selalu kita dibuat (sedar atau tak sedar) :

1. Membersihkan muka terlalu kerap

Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.

2-Menyental kulit dengan scrub

Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk keranaskin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.

3-Tidak membersihkan peluh

Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.

4-Picit jerawat

Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . Baca Cara Picit Jerawat Yang Betul.

5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka

Bershampoo tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6-Produk rambut hanya untuk rambut

Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kawasan muka.

7-Makan makanan berminyak

Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak

Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.

9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat

Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

10-Menggunakan Whitening Skin Care

Ramai yang kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

Kulit berminyak dan berjerawat, boleh dirawat. Anda boleh miliki kulit yang cerah bersih, bebas minyak dan bebas jerawat insyaAllah. Dengan syarat:

  • Anda memberikan masa untuk kulit anda menerima perubahan
  • Memilih produk yang bersesuaian dengan kulit jerawat
  • Tidak menggunakan kekerasan kepada kulit, tetapi belailah kulit anda
  • Minum lebih banyak air masak dan makan sayur dan buah-buahan

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments