10 Kereta Terbaik Untuk Remaja

smart fortwo

10 Kereta Terbaik Untuk Remaja | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja sangat berterima kasih kepada umi sebab sudi memberikan kemudahan kereta Myvi untuk berulang alik dari IPG ke rumah. Walaupun Myvi tak termasuk dalam senarai kereta terbaik untuk remaja, memang Teacher Muja sudah cukup bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

Tidak dinafikan, mendapat kereta pertama adalah antara momen yang sangat menerujakan bagi seorang remaja dalam hidupnya dan pastinya momen yang paling sukar bagi ibu bapa. Remaja selalu menginginkan kereta yang selalu dilihat semasa menonton TV yang selalunya agak mustahil untuk ditunaikan oleh ibu bapa.

Yang paling penting sekarang, sudah ada kereta yang tidak kurang dari segi stailnya tetapi masih dalam kategori mampu milik. Bukan itu saja, kereta ini juga lebih selama dan mudah untuk dikendalikan. Jom kita tengok kereta apa yang bagus sangat nih!

Volkswagen rabbit

volkswagen rabbit

Volkwagen Rabbit adalah kereta yang mudah dipandu, punya stail tersendiri, mampu milik dan mempunyai beberapa fungsi keselamatan termasuklah 6 beg udara, brek anti kunci mengikut standard dan sebagainya. Remaja pasti menyukainya. Semua gembira!

Subaru Impreza 2.5i

kereta subaru

Subaru Impreza 2.5i merupakan pemenang keselamatan top dan sangat disyorkan untuk para remaja dan pemandu yang masih kurang pengalaman. Ia datang dengan all-wheel-drive (AWD) dan kawalan kestabilan elektronik. AWD memberikan cengkaman yang lebih kepada kereta ini dalam cuaca yang ekstreme yang pastinya sangat membantu para remaja.

Smart Fortwo

smart fortwo

Smart Fortwo adalah kereta dengan dua tempat duduk untuk mengurangkan risiko kerana kemalangan lebih berisiko berlaku apabila terlalu ramai remaja di dalam sebuah kereta. Boleh ubah, senang dipandu dan tidak terlalu mahal. Ia juga didatangi dengan ESC dan beberapa fungsi keselamatan.

Mazda2

mazda 2

Mazda 2 memang sesuai untuk remaja yang mempunyai ibu bapa yang lebih sukakan kereta kecil, senang dipandu dan lebih murah penggunaannya dengan harga yang juga tidak mahal. Pastinya, kereta Mazda 2 ini sangat ideal untuk para remaja.

Toyota Corolla

toyota corolla

Toyota Corolla. Secara personal, kereta ini agak sukar untuk dipandu tetapi kereta ini lebih selamat dengan ruang yang lebih luas dan ringkas. Ia didatangi dengan banyak ciri-ciri keselamatan yang penting untuk para remaja dan mempunyai kawalan kestabilan elektronik.

Kia Soul

kia soul

Tengoklah Kia Soul ni. Tak mungkin seorang remaja tidak menyukai kereta ini kalau dihadiahkan oleh ibu bapanya. Kecil, bergaya dan tidak begitu mahal. Hebat!

Suzuki SX4

suzuki

Suzuki SX4 adalah salah sebuah kereta dengan harga yang paling tidak mahal dengan pacuan empat roda yang dijual di Amerika Syarikat. Sebuah kereta, seorang remaja dan ibu bapanya tidak akan berfikir dua kali untuk membelinya.

Honda Insight

honda insight

Honda Insight adalah sebuah kereta hibrid dengan penggunaan petrol yang sangat ekonomi berbanding dengan kereta lain. Honda Insight juga telah lulus ujian kemalangan dan ibu bapa boleh menarik nafas lega jika kereta ini menjadi pilihan untuk anak remaja mereka.

Nissan Altima

nissan altima

Nissa Altima sememangnya terkenal dengan kawalannya. Boleh dipercayai dan merupakan pilihan yang baik untuk pemandu yang kurang berpengalaman seperti para remaja.

Ford Focus

ford focus

Harga permulaan yang munasabah sentiasa menjadi keutamaan para ibu bapa yang ingin memilih sebuah kereta untuk anak remaja mereka. Ford Focus, kecil, dipercayai dan memberikan kawalan yang terbaik. Turut mempunyai gaya tersendiri untuk seorang remaja. Memang sebuah kereta yang hebat.

Kalau diberi pilihan untuk memilih, Teacher Muja paling sukakan Smart Fortwo. Boleh jalan berdua dengan suami walaupun masa tu sudah tidak remaja lagi. Kah3. Jadi, yang mana satu kereta yang jadi pilihan kamu? Bagitahu Teacher Muja di bahagian komen okey? 😀

Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments