10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman

uganda-kid-dying-of-food-400x254.jpg

10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Datang lagi Teacher Muja bercerita di sini. Khas untuk pembaca fuh.my , Teacher Muja sangat suka bergambar. Masa dapat 8A PMR dulu, Teacher Muja minta dengan abah sebuah kamera digital dan sudah selamat dicuri. Sedih tapi sudah bukan rezeki. Amat menyedihkan bila terkenangkan gambar-gambar yang ada dalam kad memori yang hilang. Takpe, setiap kejadian ada hikmahnya. Hehehe

Gambar boleh mempengaruhi emosi. Setuju? Gambar boleh menggambarkan seribu perkara. Ramai yang menyetujuinya. Sebuah gambar yang diambil boleh memberikan pelbagai gambaran kepada setiap orang yang melihatnya. Banyak gambar yang kita ambil setiap hari dan itu pun tidak terkecuali.

Di bawah adalah 10 gambar paling menyentuh jiwa sepanjang zaman. Semuanya adalah yang original dan diambil daripada suasana asal. Tiada lakonan. Jom tengok. Peristiwa di sebalik setiap satunya sangat menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

10. Gambar seorang ibu dan anak-anaknya mencuba untuk menyelamatkan diri daripada peristiwa pengeboman di Vietnam Selatan dengan menyeberangi sebuah sungai pada tahun 1965.

american bombing, pengeboman amerika, ibu dan anak seberang sungai

9. Pada 12 Januari 1960, ketua parti sosialis Jepun, Asanuma telah dibunuh oleh pelajar kepada pesaingnya. Gambar di bawah telah diambil dalam masa sesaat sebelum pembunuhan itu berlaku.

pembunuhan asanuma, asanuma murdered, gambar paling menyentuh jiwa

8. Gambar seorang banduan Iraq sedang mententeramkan anak lelakinya. Gambar ini telah diambil pada tahun 2003 semasa peperangan di Iraq sedang di kemuncak.

iraqi prisoner, banduan iraq, gambar menyentuh jiwa

7. Gambar seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusaha menyelamatkan diri semasa peristiwa kebakaran pada tahun 1975.

fire escape, selamatkan diri dari kebakaran

6. Gambar Thick Quang Dug, seorang sami budha dari Vietnam Selatan membakar diri sendiri sebagai tanda protes terhadap polisi penderaan oleh kerajaan terhadap sami budha pada tahun 1963. Sami itu tidak bergerak ataupun mengeluarkan sebarang bunyi semasa dirinya sedang terbakar.

budhist priest, sami buddha, bakar diri sendir

5. Gambar seorang lelaki muda berdiri di hadapan kereta kebal yang sedang bergerak demi reformasi democratik di China pada tahun 1989

protes reformasi democratik, lelaki di hadapan kereta kebal

4. Gambar hari pertama buat Dorothy Counts di Sekolah Tinggi Harry Harding, Amerika Syarikat. Counts adalah kanak-kanak berkulit hitam pertama yang dimasukkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarika. Namun begitu, dia tidak dapat bertahan dengan segala gangguan selepas 4 hari.

kanak-kanak berkulit hitam pertama di sekolah US, gambar paling menyentuh jiwa

3. Gambar seorang lelaki muda telah didera oleh askar kerana dia dipercayai telah bercakap dengan pemberontak Tutsi.

penderaan, kanak-kanak didera, deraan askar terhadap kanak-kanak

2. Ketua Polis Vietnam Selatan , Nguyen Ngoc Loan telah menembak mati seorang lelaki yang dia sangkakan seorang askar Vietkong pada 1 Februari 1968.

pembunuhan oleh polis Vietnam, polis membunuh

1. Gambar seorang kanak-kanak yang hampir mati kerana kebuluran kerana tidak makan di Uganda pada tahun 1980. Seorang pendakwah memegang tangannya dan tidak dapat berbuat apa-apa.

kanak-kanak uganda, kanak-kanak kebuluran, gambar menyentuh jiwa

Sangat menyentuh jiwa bukan? Apa kata kamu? Setiap gambar mampu menceritakan banyak cerita. Perihal keadaan semasa ia diambil, kegembiraan orang di dalamnya, kegembiraan dan kesedihan, malah juga kesengsaraan.

Jadi, mulai hari ini bolehlah kita mengambil gambar setiap hari. Manalah tahu akan menjadi gambar yang begitu bermakna seperti ini. Harga gambar pula akan melambung tinggi. Sekarang, tahulah kita kenapa fotografi boleh menjadi satu kerjaya yang sangat memberi makna dan ramai yang menggemarinya.

Setakat ini dulu perkongsian dari Teacher Muja. Wassalaam.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman”

  1. Cukup menyentuh emosi. Inilah gambar yang dikategorikan sebagai gambar yang ‘hidup’ dalam seni fotografi. Gambar dapat memberi emosi kepada melihatnya… Photographer macam saya pun susah dapat gambar yg macam nie 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  2. ilmu apa sami budha tu pakai walau terbakar boleh maintain tak jerit atau meronta.
    lekatlekitgurl recently posted…PERANGAI PELIK PEGAWAI BANK YANG DI TEMBAK SEBELUM MENINGGALMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge